WANITA dan alat solek sememangnya tidak dapat dipisahkan. Antara barangan penting yang perlu ada dalam set alat mekap adalah berus. Bagaimanapun, masih ada segelintir wanita yang tidak mengambil berat mengenai kebersihan berus mekap. Menurut pakar dermatologi, berus yang kotor sebenarnya mengumpulkan sisa produk, kotoran, dan minyak yang banyak. Ini menjadikannya tempat pembiakan bakteria yang sekali gus boleh mendatangkan kerosakan kepada kulit anda. ARTIKEL BERKAITAN: Mekap anda sia-sia jika terus buat 8 kesilapan rutin kecantikan ini Sebenarnya tak susah pun nak mencuci berus mekap. Berus solekan yang kotor cenderung menyebabkan wajah ditumbuhi jerawat. -Gambar hiasan Berikut adalah perkongsian seorang wanita, Cik No, mengenai cara mudah untuk membersihkan berus mekap: 1) Tuangkan satu sudu besar syampu bayi ke dalam mangkuk kecil. Boleh juga gunakan syampu organik atau cecair pencuci. 2) Tambahkan sedikit air suam agar berbuih. 3) Celupkan satu berus dahulu ke dalam campuran air tadi, pusingkan dengan lembut untuk membersihkan sisa solekan pada berus 4) Rendam berus sekitar lima hingga 10 saat, kemudian cuci dengan air paip yang mengalir. 5) Lap berus perlahan-lahan dan lembut pada kain bersih dan biarkan berus kering dengan sendiri. 6) Ulang langkah yang sama untuk berus-berus yang lain. Mudah bukan? Tiada jumlah kekerapan yang ditetapkan oleh pakar namun mereka mengesyorkan untuk mencuci berus solek sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Sekiranya anda sangat kerap bersolek, maka berus juga perlu dibersihkan dengan kerap untuk mencegah pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube