suria

Individu gempal boleh cuba 5 teknik posing ini foto nampak wow! Berdiri ada caranya, boleh juga pegang barang

Individu gempal juga boleh nampak kurus dan bergaya dalam gambar jika betul cara posing -Gambar hiasan

KEYAKINAN diri seseorang apabila bergambar biasanya bergantung pada kerampingan tubuh dan berat yang ideal.

Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk memiliki badan yang langsing dan akhirnya individu gempal juga yang berputih mata hendak berkongsi momen di media sosial.

Kini jangan risau, melalui satu perkongsian di Twitter oleh Dyeana, dikongsikan beberapa cadangan 'posing' bergambar untuk mereka yang berbadan besar agar kelihatan elegan.

Ayuh kita lihat satu-persatu! Lepas ni mereka yang berbadan 'plus size' tidak perlu lagi malu-malu untuk menyerlahkan diri.

Bergambar dengan menggunakan A pose (kiri) atau V pose (kanan). -Gambar hiasan

1. Pose beg tangan

Pastikan pose badan yang nampak sedikit 'curvy' tetapi jangan keterlaluan.

Gunakan konsep V atau A pose.

V pose = Jika silang kaki, pastikan posisi tangan atau lengan terbuka.

A pose = Jika pose kaki terbuka, dekatkan atau sorok tangan di badan.

Bergambar dengan pose memegang aksesori seperti kaca mata hitam atau topi. -Gambar hiasan

2. Pose dengan memegang aksesori

Sesuai untuk individu yang berasa kurang yakin dengan bahagian lengan atau tangan.

Pose ini akan lemak bahagian lengan dengan pergerakan lebih cantik dan menarik.

Pose badan penuh. -Gambar hiasan

3. Pose badan penuh

Untuk gambar badan penuh, boleh ikut pose dalam gambar di atas, 100 peratus sesuai untuk gambar outfit of the day (OOTD) nampak cantik!

Pose swafoto di cermin jarang mengecewakan. -Gambar hiasan

4. Pose swafoto di cermin

Salah satu pose yang popular dan mudah untuk bergambar.

Biasanya apa-apa pose pun kalau di cermin memang gambar nampak cantik.

Pergerakan ketika bergambar dapat 'memeriahkan' lagi foto. -Gambar hiasan

5. Pose dengan pergerakan

Boleh cuba pelbagaikan pergerakan pose seperti berjalan atau angkat tangan.

Boleh juga cuba pelbagaikan pose yang diilhamkan sendiri, elakkan badan untuk nampak kaku. - Dyeana

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain