suria

Wanita ajar cara buat ‘syampu’ guna daun limau, siapa ada masalah kelemumur ‘degil’ boleh cuba

Daun limau purut merupakan antara 'remedi' tradisional untuk mengatasi masalah kelemumur.

TIDAK kira sama ada lelaki mahupun wanita, rambut bukan sahaja menyerlahkan dan melengkapkan penampilan, malah ia juga memberikan indiksasi personaliti seseorang.

Disebabkan itu, penjagaannya tidak boleh diambil ringan.

Walaupun seseorang wanita mengenakan hijab, atau hanya duduk di rumah, tidak bermakna rambut tidak perlu dijaga dan sidandan.

Jika malas sekali pun, apa yang paling penting adalah menjaga kebersihan kulit kepala agar rambut sentiasa sihat, subur dan terhindar daripada masalah kelemumur.

Malunya apabila keruping-keruping putih berterbangan dan mengotori baju. Lebih teruk, dalam diam anda dicop sebagai seorang yang pengotor!

limau purut 2

Daun limau purut perlu ditumbuk lumat atau menggunakan mesin pengisar sebelum dilumur di kepala.

Masalah kelemumur sebenarnya adalah perkara biasa yang dihadapi kebanyakan orang.

Meskipun pelbagai jenis syampu dan rawatan sudah dicuba, ada kalanya ia masih tidak hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh... kelemumur boleh sebabkan penyakit kulit, tambah teruk anda botak selama-lamanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah kelemumur, rambut berbau tidak berkesudahan... Empat produk ini mampu selesaikan masalah anda!

Bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna Facebook, Leha Yusuf berkongsi petua tradisional untuk menghilangkan masalah kelemumur.

Cara-caranya:

1) Ambil 10 helai daun limau purut

2) Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair. Kalau rajin boleh juga tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

Boleh juga menggunakan mesin pengisar (blender) tapi pastikan tidak terlalu cair.

3) Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan lumurkan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

4) Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit sebelum bilas sehingga bersih.

Menurut Leha Yusuf, petua ini perlu dilakukan secara konsisten sehingga masalah kelemumur hilang. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain