suria

Pakai kat dalam je, koyak pun tak kisah! Usah ambil ringan, ini 5 fakta seluar dalam lelaki perlu tahu

Lelaki digalakkan menggantikan seluar dalam setahun sekali.

"PAKAI kat dalam je, koyak pun tak kisah."

Mungkin begitulah ayat sebilangan lelaki yang tidak kisah mengenai seluar dalam mereka.

Lebih teruk, wujud individu yang masih memakai seluar dalam sama yang digunakan sejak zaman sekolah lagi.

Topik mengenai seluar dalam sememangnya jarang dibicarakan oleh kaum Adam, jadi kami kongsikan lima persoalan lazim mengenainya:

1. Apakah seluar dalam terbaik buat lelaki?

Ramai lelaki selesa memilih seluar dalam jenis boxer brief iaitu kombinasi brief dan boxer yang menawarkan keselesaan buat pemakainya.

Boxer brief membuatkan pemakai berasa lebih kemas dan selesa, malah ia sesuai untuk rutin harian yang panjang termasuklah aktiviti olahraga dan fizikal.

Selain itu, ramai juga lelaki selesa mengenakan boxer biasa yang sedikit longgar kerana tidak gemar dengan seluar dalam yang terlalu ketat sehingga mencengkam alat sulit mereka.

file61mnwmx5rxf1cmdqzo8p

Pilih fabrik seluar dalam yang bagus agar ia mampu memberi keselasaan buat anda.

2. Berapa helai seluar dalam lelaki perlu ada?

Biasanya lelaki akan memakai sehelai atau dua helai seluar dalam setiap hari, bergantung kepada aktiviti mereka pada hari tersebut.

Jadi sebaiknya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 14 helai seluar dalam jika anda mencuci pakaian seminggu sekali.

Untuk mereka yang jarang mencuci pakaian setiap minggu, anda disarankan agar mempunyai kira-kira 20 helai seluar dalam yang mana ia boleh dipakai untuk tempoh tiga minggu.

3. Apakah fabrik terbaik untuk seluar dalam?

Antara aspek yang paling mencabar dalam membeli seluar dalam ialah memilih fabrik terbaik.

Seluar dalam lelaki boleh didapati dalam pelbagai fabrik termasuk nilon, kapas, modal, sutera, spandex dan lycra.

Kain jenis kapas merupakan fabrik terbaik untuk seluar dalam lelaki.

file7j5rrh6rfs28p5e2lk8

Lelaki perlu memiliki sekurang-kurangnya 14 helai seluar dalam jika mereka mencuci pakaian sekali seminggu.

Seluar dalam kain kapas mempunyai ciri lebih anjal, membolehkan ia meregang dan memberikan lebih keselesaan.

4. Bila lelaki perlu buang seluar dalam?

Lelaki harus menggantikan seluar dalam mereka sekurang-kurangnya sekali setahun.

Mulakan dengan membuang semua seluar dalam lama yang mula pudar, berlubang atau kendur.

5. Boleh ke kalau tak pakai seluar dalam?

Ada lelaki yang berasa selesa tidak memakai seluar dalam ketika keluar.

Hal ini sepatutnya dielakkan bagi menghalang berlaku geseran antara kulit alat sulit yang halus dengan fabrik seluar seperti jeans yang kasar.

Pemakaian seluar dalam boleh melindungi alat sulit dan membuatkan anda berasa lebih yakin dan selesa.

Malah, ia juga sekurang-kurangnya boleh menutup bentuk kemaluan daripada terlihat jelas di sebalik seluar anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain