suria

Selimut legenda menggamit memori... Tak sangka boleh ‘upgrade’ jadi kemeja, mesti selesa dipakai!

Baju bercorak unik ini masih lagi berada di peringkat R&D. -Foto @roycabugao & Facebook Nobody

KOLEKSI pakaian yang diberi nama Milagros nampaknya berjaya mencuri perhatian netizen biarpun ia belum dilancarkan ke pasaran.

Mana tidaknya, corak pada pakaian itu kelihatan sama seperti selimut legenda yang digunakan oleh ramai rakyat Malaysia sejak zaman berzaman.

Menurut laman Facebook Nobody, mereka teruja untuk berkongsi koleksi pakaian itu biarpun ia masih lagi berada dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Kami sangat gembira untuk berkongsi dengan anda baju "MILAGROS". Ia masih dalam fasa R&D tetapi kami sedang mengusahakannya.

“Kebanyakan kita mempunyai kenangan dengan fabrik ini dengan cara ia digunakan di rumah kita. Namun, pasukan kami masih cuba mencari asal-usulnya dari segi reka bentuk dan pengeluaran. Kami benar-benar menghargai sebarang petunjuk mengenai perkara ini,” ujar pengeluar pakaian itu.

Menerusi posting di Facebook, mereka turut berkongsi beberapa foto, memaparkan model lelaki dan perempuan yang menggayakan baju bercorak selimut legenda itu.

selimut2

Foto selimut yang dikongsi netizen menerusi ruangan komen. -Foto @roycabugao & Facebook Nobody.

Rekaan kemeja lengan pendek itu dilihat sesuai digayakan secara dibutang atau dibiar terbuka dengan padanan t-shirt kosong di bahagian dalam.

Untuk rekod, posting itu bukan sahaja dihujani lebih 800 komen netizen, malah turut dikongsi hampir 20,000 kali oleh pelayar Facebook.

Menjengah ruangan komen, mStar mendapati ramai netizen turut memuat naik foto selimut itu yang disimpan di kediaman mereka.

“Untuk rakyat Malaysia, ini adalah kenangan zaman kanak-kanak.

“Selimut paling best. Memang rare ni buat baju.

“Satu Malaysia ada selimut ni. Rindunya,” tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain