suria

Teringin bergaya dengan Chanel, Louis Vuitton... Ini panduan beli beg tangan mewah supaya tak menyesal!

Beg mewah bukan sekadar gaya, namun ia juga satu pelaburan yang bagus. -Foto Shutterstocks

MEMILIKI luxury bag atau beg mewah menjadi idaman ramai wanita tidak kira tua mahupun muda.

Ia bukan sekadar aksesori fesyen semata-mata, sebaliknya mampu membawa aura buat sang pemakai.

Bagaimanapun, keputusan untuk mendapatkan tas tangan mewah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar, apatah lagi jika anda kali pertama mahu membelinya.

Jangan sampai kita tersalah pilih jenama atau rekaan sehingga menyesal di kemudian hari.

Dengan kemudahan internet, kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai beg mewah idaman.

61adf23615bf2

Buat pertimbangan sewajarnya supaya anda tidak menyesal ketika pembelian pertama. -Foto Shutterstocks

Tetapi terdapat beberapa faktor yang menentukan sama ada beg itu layak atau tidak menjadi item fesyen mewah pertama anda.

Menurut Vogue, berikut adalah panduan praktikal yang boleh digunakan ketika membeli beg mewah buat kali pertama.

Bukan sekadar trend!

Beg mewah dirujuk sebagai barang pelaburan yang boleh bertahan selama-lamanya. Kadang-kadang harganya boleh meningkat dua kali ganda atau tiga kali ganda beberapa tahun kemudian.

Nilai pelaburan ini menjadi punca kenapa ramai pakar sering menasihati kita supaya tidak membeli beg yang hanya berasaskan fesyen terkini.

612f899ac0144

Beg keluaran Prada turut menjadi kegilaan peminat fesyen di seluruh dunia. -Foto Shutterstocks

Sebaliknya, pilih beg klasik yang telah terbukti bertahan selama beberapa dekad dan sesuai dengan pelbagai gaya pakaian dan mood.

Selain boleh digunakan dalam pelbagai acara, beg itu akan menjadi pembelian yang bijak daripada sudut kewangan.

Kualiti

Beg dengan mutu kerja terperinci dan sempurna yang diperbuat daripada kulit berkualiti akan bertahan lama.

Beberapa jenama yang telah membuktikan kualiti ini termasuk Chanel, Hermès, Bottega Veneta, Gucci, Louis Vuitton dan Prada.

Terdapat banyak beg keluaran jenama ini yang sesuai dengan pilihan anda untuk dijadikan sebagai koleksi pertama.

Sentuhan peribadi

Perkara yang paling penting apabila membeli beg mewah buat kali pertama adalah mencari item yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda.

Jika sebelum ini anda sering mengadu bahawa beg mini tidak mampu memuatkan banyak barangan harian anda, mungkin beg hobo atau beg tote yang lapang adalah pilihan yang bijak.

Pilih juga model yang sesuai untuk acara siang dan malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain