suria

Kylie Jenner ‘wild’ di Minggu Fesyen Paris... Heboh pakai gaun kepala singa!

Kylie Jenner mencuri tumpuan dengan fesyen kepala singa di dada.

MEDIA sosial kecoh selepas jenama fesyen mewah terkenal Schiaparelli memperkenalkan rekaan terbaharu mereka sempena Minggu Fesyen Paris pada Isnin.

Menerusi pertunjukan fesyen itu, model terkenal seperti Irina Shayk, Naomi Campbell dan Shalom Harlow dilihat menggayakan busana yang dihiasi kepala singa, serigala dan harimau.

Turut mencuri tumpuan tentunya Kylie Jenner yang menggayakan busana kepala singa ketika duduk di barisan hadapan pertunjukan berkenaan.

Foto dan video sekitar pertunjukan fesyen itu menjadi sensasi internet sehingga mencetuskan perdebatan mengenai topik kekejaman terhadap haiwan.

Koleksi terbaharu Schiaparelli cetus kekecohan media sosial.

Koleksi terbaharu Schiaparelli cetus kekecohan media sosial.

"Tiada seekor haiwan pun yang dicederakan dalam penghasilan busana ini," tulis jenama itu menerusi posting terbaharu di Instagram.

Menurut pengarah kreatif Schiaparelli, Daniel Roseberry, haiwan-haiwan dalam busana itu merupakan simbolik kepada elemen nafsu, kebanggaan, dan ketamakan yang diambil daripada kisah Dante's Inferno pada abad ke-14.

Dalam catatan Instagram pula, Roseberry berkongsi niat di sebalik makna rekaan itu, menulis bahawa setiap haiwan "meraikan kemuliaan alam semula jadi dan menjaga wanita yang memakainya."

Walaupun ia hanyalah haiwan palsu, ramai yang melihat reka bentuk tersebut sebagai amalan tidak beretika.

sch1

Proses penghasilan busana kontroversi itu.

Malah, amalan itu sudah lama dianggap sebagai hobi "elitis" yang sanggup membayar pemburu untuk membunuh haiwan, lapor Fashion Magazine.

Untuk rekod, koleksi Schiaparelli bukanlah contoh pertama yang mana rupa haiwan digunakan dalam fesyen, dan ia mungkin bukan yang terakhir.

Namun, ada yang berpendapat bahawa Roseberry mempersembahkan alternatif yang lebih mampan kepada penggunaan imej haiwan dengan menggunakan rekaan palsu sintetik dan bukannya bangkai sebenar.

sch2

PETA turut memuji rekaan berkenaan yang tidak menggunakan haiwan sebenar.

Dalam pada itu, ramai membayangkan Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) akan mengecam teruk rekaan berkenaan, namun presidennya Ingrid Newkirk berpendapat sebaliknya.

"Penampilan Kylie meraikan keindahan singa dan mungkin merupakan kenyataan menentang pemburuan trofi, yang mana keluarga singa sering diburu untuk memuaskan keegoan manusia.

"Kepala haiwan tiga dimensi (3D) yang sangat inovatif ini menunjukkan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," ujarnya kepada TMZ.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain