suria

Malaysia pilihan Ainz & Tuple buka cawangan pertama Asia Tenggara... produk, suasana shopping tak ubah seperti di Jepun!

Ainz & Tuple menawarkan lebih 4,000 produk daripada 250 jenama unik dari Jepun.

JIKA ada yang sering berkunjung ke Jepun, pastinya butik Ainz & Tuple (A&T) antara lokasi yang wajib dikunjungi terutamanya dalam kalangan wanita yang ingin mendapatkan produk kecantikan buatan negara matahari terbit itu.

Tetapi kini anda tidak perlu terbang jauh ke Jepun kerana gedung pertama di Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna makeup mahal untuk cantik hanya mitos! Wanita perlu tahu asas solekan, rajin belai kulit wajah

Mula dibuka kepada orang awam sejak 20 Mei lalu, Ainz & Tuple menawarkan lebih 4,000 produk daripada 250 jenama unik Jepun merangkumi produk penjagaan kulit, peralatan solek serta fesyen dan gaya hidup.

Photo 10

Ainz & Tuple kini dibuka di Bukit Jalil Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jika masih belum mengenali dengan lebih dekat produk-produk ditawarkan, boleh bermula dengan A Time to Discover bersama A&T yang membawa pelanggannya dalam satu perjalanan penemuan diri bagi menyerlahkan kecantikan dalaman melalui produk-produk berkualitinya.

Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd, Kimei Rieko berkata pihaknya teruja dapat memperkenalkan produk-produk kecantikan dan kosmetik buatan Jepun yang terbaik ke pasaran Malaysia menerusi pembukaan gedung pertama A&T di Asia Tenggara.

Kimei berkata, pihaknya percaya produk-produk yang dijual di gedung itu setanding malah lebih baik berbanding dengan jenama penjagaan kulit dan kecantikan dari negara lain.

"Ini terbukti dengan jumlah penggemar produk A&T yang semakin meningkat malah bagi yang sudah biasa membeli produk dari gedung ini di Jepun pastinya tahu akan kualitinya.

Photo 2

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko (dua, duduk di depan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd, Kimei Rieko pada majlis pelancaran Ainz & Tuple.

"Matlamat kami adalah ntuk membantu menyerlahkan kecantikan dalaman semua pelanggan kami dan berharap agar setiap orang dapat menemui versi terbaik diri mereka apabila menggunakan produk daripada A&T," katanya.

Kimei memberitahu gedung pertama di luar Jepun ini bakal membuka jalan kepada lebih banyak gedung-gedung antarabangsa di masa akan datang.

Setakat ini, pelan pengembangan A&T merangkumi lima buah gedung lagi yang bakal dibuka di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Matlamat kami adalah untuk membawa A&T dari Jepun ke Malaysia. Ia bukan sekadar gedung dan produknya, malahan pengalaman yang menyeluruh dan suasana membeli-belah seperti mana di A&T Jepun.

Photo 12

Pengalaman beli-belah yang selesa... Gedung ini berkeluasan 3,569 kaki persegi.

"Kami ingin para pelanggan kami dapat menikmati pengalaman membeli-belah ala Jepun dengan sepenuhnya di Malaysia,” katanya.

Tidak hanya itu, A&T juga berhasrat untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan berkenaan trend kecantikan dan kosmetik terkini serta meningkatkan kesedaran berkenaan produk kosmetik Jepun yang serba ringkas dalam rutin penjagaan kulit.

Dengan adanya bimbingan daripada pembantu-pembantu stor yang sentiasa bersedia untuk membantu, para penggemar kecantikan kini boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelbagai produk dengan rumusan yang unik dan tekstur lembut untuk memelihara kulit.

Jika berkunjung ke A&T, anda harus memberi perhatian kepada tiga jenama eksklusif iaitu Ayura, Lips & Hips dan Dazzshop.

Photo 9

1. Ayura

Berjaya meraih anugerah-anugerah kecantikan dengan konsisten untuk produk-produk terlarisnya – Ayura Clear Refiner dan Ayura Balancing Primer, kini boleh didapati dengan mudah di gedung ini.

Dipetik dari perkataan Sanskrit “ayus” yang bermakna kehidupan, jenama ini mempunyai matlamat untuk menyebarkan elemen positif dan harmoni antara insan, alam semula jadi dan alam semesta dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahtaraan dalaman.

Setiap produk jenama ini diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan semula jadi yang dirumus dengan rapi, menjadikannya amat sesuai untuk kulit sensitif.

Lips & Hips

2. Lips & Hips

Meraikan kewanitaan dan kegembiraan dengan haruman dan bungkusan yang menarik. Diperbuat daripada ramuan-ramuan lembut untuk kulit yang dipilih dengan cermat oleh ahli farmasi, Lips & Hips tidak pernah gagal untuk menyuntik sensasi kemanisan di dalam produknya bagi menceriakan hari anda.

Cubalah krim tangan terlaris yang melembapkan dan tersedia dalam empat haruman yang mempesonakan – Lily Bergamot, Savon, Romance Bouquet dan Fruity Rose.

Dazzshop

3. Dazzshop

Anda pastinya akan kagum dengan jenama rangkaian produk solekan mata berkualiti tinggi ini yang tidak pernah gagal untuk menghasilkan solekan mata yang memukau.

Dazzshop berbangga dengan falsafah jenama uniknya dan tidak berkompromi dalam perihal kualiti dan keselamatan produknya.

Salah satu produk terlaris yang mesti dicuba adalah Dazzshop Sparking Gem – pembayang mata berkrim, mewah dan berpigmen yang mudah untuk dicampurkan dan tahan lama.

Para pelanggan juga boleh menumpukan perhatian kepada produk-produk terlaris A&T yang lain seperti Oneskin Cica Cream; Fujiko FPP Powder; Ayura Rhythm Concentrate Water; Chacott Finishing Powder Matte; The Public Organic Super Bouncy DM Shampoo and Treatment; dan Vasilisa Perfume Stick.

Must Have

Kaunter 'must have' membantu pelanggan mengenal pasti produk popular Ainz & Tuple.

Sempena pembukaan gedung ini juga, A&T telah melancarkan aplikasi mudah alih bagi keahliannya. Para pelanggan boleh mendapat satu mata ganjaran dengan setiap pembelian RM20, sama ada di gedung fizikal atau secara dalam talian.

Apabila mencapai 60 mata ganjaran terkumpul, para pelanggan boleh mendapatkan diskaun RM60 untuk pembelian yang berikutnya.

Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Jadi, apa yang dinantikan lagi? Marilah alami terapi membeli-belah produk kecantikan Jepun tanpa perlu keluar negara kerana A&T telah bersedia untuk membawa para pelanggannya ke dalam sebuah perjalanan penemuan diri di gedung terbaharu ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain