suria

Sakit mata tengok kasut bersepah? Tiru 5 tip ini untuk simpan sepatu lebih tersusun

Susun kasut yang bersepah untuk tampak lebih kemas. - Gambar hiasan/Ice Cream Inspiration

KEBANYAKAN daripada kita memiliki beberapa pasang kasut, melebihi jumlah yang diperlukan, bukan?

Jangan bimbang kerana lumrah manusia ingin membeli sesuatu yang baharu walaupun sebenarnya barangan lama masih elok dipakai.

Kadang-kadang nak pilih kasut untuk digayakan pun jadi masalah apabila berterabur di atas lantai.

Jom tiru lima cara untuk menyimpan kasut-kasut anda agar nampak lebih tersusun dan tidak sakit mata memandangnya!

1. Jangan letak atas lantai

Jangan biarkan kasut anda bersepah di lantai kerana ia akan menyukarkan anda mencari pasangan sepatu yang sama!

Gunakan rak buku yang fancy untuk menyimpan kasut kerana ia dapat mendorong anda untuk menyusunnya selepas setiap kali menggunakannya.

2. Susun ikut kategori

Susun kasut mengikut kumpulan seperti kasut yang anda sering guna dan jarang pakai atau mengikut warna dan jenis aktiviti atau acara.

Kasut yang jarang dipakai hendaklah diletakkan di bahagian atas rak atau almari kasut.

Kemudian, susun kasut mengikut jenis-jenisnya pula supaya dapat membantu anda menjimatkan masa ketika ingin menggunakannya.

3. Gunakan rak yang jimat ruang

Jika anda memiliki ruang yang sempit, gunakan rak kasut yang boleh dilaraskan seperti yang dijual di Ikea.


4. Gunakan penyangkut baju

Ambil penyangkut baju diperbuat daripada besi dan potong di bahagian tengah untuk melenturkannya kepada bentuk melengkung ke atas.

Gantung sandal atau selipar menggunakan penyangkut itu dan susun di palang almari bilik anda!

5. Pasang rel

Pasang rel besi di bahagian dinding rumah anda untuk menyusun kasut tumit tinggi lebih teratur.

Selain penggunaan ruang yang minimum, ia juga membuatkan bilik anda seperti ruang pameran kasut!

Apabila kasut-kasut anda tersusun cantik, suasana di dalam rumah dan bilik juga akan nampak lebih kemas.

Barulah rumahku syurgaku! - BuzzFeed

susun kasut

Artikel Lain