suria

Sihir dituju kepada orang terkena kucing, peniaga runcit buntu 5 ekor si bulus mati serentak... Siapa letak punjut hitam di rak santan?

Kucing menjadi pelindung sihir.

SELAIN manja dan mudah dipelihara, kucing juga dikenali sebagai makhluk yang mampu menyerap aura negatif tuannya.

Bahkan ia juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik seperti menjadi 'pendinding' jika tuannya disihir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing boleh 'baca' hati tuannya? Ketahui kelebihan pelihara haiwan ini dari sudut psikologi, kesihatan

Pernah melalui situasi yang menyedihkan itu, kak Jess mengakui sedih apabila beberapa kucing jalanan yang dijaga dan diberi makan tiba-tiba mati berturut-turut.

Beberapa hari sebelumnya pula, pekerja yang ada sering bergaduh dan saling bermusuhan antara satu sama lain sedangkan mereka hanya bekerja berdua.

"Kejadian ni berlaku dalam sekitar bulan Mei lepas dan ia berlarutan kira-kira sebulan.

"Akak tak rasa apa-apa lagi walaupun pelanggan kelihatan seperti resah kepanasan semasa berada di dalam kedai. Masa tu pun, pekerja asyik sakit.

"Dah la ada dua orang saja, apabila berjumpa... mereka pula asyik bergaduh serta saling menyalahkan satu sama lain. Sampai satu tahap tinggal akak seorang sahaja di kedai.

"Apabila tinggal seorang saja di kedai, akak rasa suasana kedai macam pelik seperti ada gangguan sehingga kadang-kadang meremang," ujarnya melanjutkan cerita.

Kucing jalanan gemar singgah dan tidur di kedai runcit Kak Jess.

Kucing jalanan gemar singgah dan tidur di kedai runcit Kak Jess.

Enggan mengambil pusing setiap yang berlaku, kak Jess meneruskan perniagaan kedai runcitnya seperti biasa walaupun bersendirian tanpa pekerja.

Namun pada suatu hari, dia terjumpa satu bungkusan kecil berwarna hitam di dalam kedainya.

"Kecil macam punjut sahaja tapi dibalut dengan kain hitam. Akak jumpa masa tengah kemas barang kedai, punjut tu berada di rak santan yang akak jual.

"Memang terkejut masa mula-mula nampak tu.

"Tanpa fikir panjang, akak pun sarung tangan dengan plastik dan ambil punjut tu letak di satu tempat lain," ceritanya.

Bayangkan dalam satu minggu tu empat atau lima ekor yang mati... memang akak rasa sedih sangat.

KAK JESS

Menyangka kejadian aneh itu berakhir selepas penemuan punjut yang dipercayai ada kaitan dengan perbuatan sihir, kak Jess dikejutkan pula dengan kematian kucing jalanan yang sering menumpang di kedainya.

Pada awalnya, seekor sahaja yang mati.

Jadi, dia menyangka kucing tersebut mati kerana sudah tua.

Namun apabila beberapa ekor kucing jalanan mati berturut-turut, kak Jess merasakan terdapat kejadian aneh di sekeliling kedai runcit yang dibuka lebih 10 tahun itu.

"Bayangkan dalam satu minggu tu empat atau lima ekor yang mati. Memang akak rasa sedih sangat.

"Iyalah, walaupun mereka hanya kucing jalanan yang datang berteduh tapi akak sudah rawat, bagi makan dan jaga dengan baik... kalau sakit, akan dibawa ke veterinar untuk dirawat.

"Sebab itu apabila berlaku kepada kucing-kucing ini, akak terus terfikir nak jumpa ustaz dan berubat," luahnya sedih.

Antara kucing jalanan yang dijaga Kak Jess.

Antara kucing jalanan yang dijaga Kak Jess.

Pada ustaz, dia mengadu setiap perkara yang berlaku.

"Punjut hitam pun diserahkan kepada ustaz, tetapi dia cakap 'tak ada pun, benda biasa ja'. Ustaz ambil dan tanam.

"Apabila akak tanya lanjut, ustaz pun cakap yang kucing akan menyerap unsur negatif dalam kedai dan biasanya ujian seperti itu akan berlaku.

"Dia pun berusaha untuk berubat supaya bisnes akak kembali berjalan lancar," tambahnya sambil memaklumkan ustaz juga memberi air penawar untuk dia membersihkan seluruh kedai runcit.

Sehingga kini, kak Jess masih tidak mengetahui siapa yang melakukan sihir di kedainya.

Malah ustaz juga pernah menyatakan bahawa dia hanya akan membantu berubat dan berdoa kepada Allah kerana setiap kejadian ada hikmahnya.

Bersyukur perniagaannya kembali pulih, kak Jess berharap individu yang melakukan perkara syirik seperti itu diberikan hidayah.

Tambahnya, sepanjang tempoh membuka kedai, kejadian seumpama itu adalah yang paling teruk pernah berlaku.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain