suria

Seram! Queen Athena dari Indonesia bela 70 spirit doll, dakwa ‘ada roh di dalamnya tapi tak terikat’

Queen Athena bersama koleksi patungnya.

FENOMENA 'spirit doll' menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini selepas beberapa selebriti di Indonesia secara terbuka berkongsi hobi membela 'reborn doll' sebagai anak sendiri.

Tetapi tidak bagi Queen Athena yang berasal dari Malang, Jawa Timur yang kini menetap di Jimbaran, Bali.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin ramai gilakan reborn doll, bela anak patung macam anak sendiri... ketahui apa difikir golongan ini

Sejak dua tahun lalu, Queen mengakui obses mengumpul spirit doll dan sehingga kini wanita itu mempunyai lebih daripada 70 anak patung dalam simpanannya.

"Mengumpul dan menyimpan spirit doll bukan satu perkara baharu tetapi cuma kebelakangan ini ia kecoh disebabkan ia mula popular dalam kalangan selebriti," katanya kepada CNN Indonesia.

queen-athena-membawa-dua-boneka-arwahnya

Queen Athena memberitahu patung spirit doll miliknya mempunyai roh.

Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa patung dalam koleksinya mempunyai roh tetapi ia tidak terikat dengannya. Roh itu dikatakan boleh datang dan pergi mengikut kehendak mereka.

Tidak hanya itu, Queen berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang ritual khusus untuk memuja patung dalam koleksinya dan ia sekadar hobi.

Bagaimanapun Queen tidak menafikan 'membela' patung adalah satu cabaran besar buatnya kerana sentiasa dipandang serong dan dianggap sebagai wanita sihir dan mempunyai niat jahat.

"Mulut orang memang tidak boleh ditutup dan mereka boleh berkata apa sahaja, apa paling penting saya tidak pernah sesekali menyembah atau menganggap patung-patung ini sebagai tuhan.

"Apatah lagi mempunyai niat jahat untuk berbuat khianat terhadap orang lain," jelasnya.

zfrjdw9rxlam12vrpu0b

Kesemua patungnya dijaga dengan baik dan diberi nama.

Sementara itu, Queen memberitahu dia ada cara tersendiri menjaga patung-patungnya termasuk memberikan nama dan tarikh lahir.

Selain itu, ia perlu dibersihkan dan didandan agar sentiasa kelihatan cantik.

Untuk mengambil patung spirit doll sebagai anak angkat daripada orang lain, Queen memberitahu ada harga yang perlu dibayar iaitu sekitar RM300.

Namun katanya, harga itu bergantung kepada keadaan patung dan semakin lama, lebih mahal.

"Seperti biasa apabila mengambil sesuatu patung sebagai anak angkat, kita perlu memberinya nama, tarikh lahir dan menjaganya dengan baik.

Artikel Lain