Kerana dendam, wanita sanggup jumpa bomoh siam, gugur janin buat santau maut teman lelaki... Akhirnya makan diri sendiri! - Mistik | mStar

Kerana dendam, wanita sanggup jumpa bomoh siam, gugur janin buat santau maut teman lelaki... Akhirnya makan diri sendiri!

Pelbagai bahan digunakan untuk menghantar santau kepada orang lain. Gambar Sekadar Hiasan

PANGGILAN telefon daripada keluarga Aida yang memberitahu rakan baiknya itu sudah meninggal dunia membuatkan Iqa tersentak.

Fikirannya terus melayang mengenangkan saat Aida menelefonnya setahun lalu meminta bantuan untuk bertemu dengan bomoh siam bagi menghantar sihir kepada teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba mengantuk luar biasa anda mungkin dipukau... 5 gadis trauma barang berharga lesap, kain kuning berasap

Kerana kecewa dan dendam, Aida sanggup menggunakan ilmu hitam sehingga ia memakan dirinya sendiri!

"Permintaannya untuk menjahanamkan hidup teman lelakinya sangat berisiko... Saya tertanya-tanya adakah dia gagal menurut perintah bomoh itu sehingga dia yang akhirnya terkorban atas perbuatan sendiri?," Iqa memulakan bicara.

Hamil dan dituduh curang punca dendam

Kata Iqa, masalah sahabat baiknya itu bermula apabila dia disahkan mengandung, namun malangnya jejaka yang menghamilkannya enggan bertanggungjawab serta menuduh Aida berlaku curang dengan lelaki lain!

Lebih membuatkan Aida berdendam dan rasa dikhianati apabila teman lelakinya yang dikenali sebagai Faizul telah berlaku curang dengan rakan sepejabatnya.

Janin dalam kandungan digunakan untuk menghantar santau maut. - Gambar Sekadar Hiasan

"Selayaknya Aida begitu sakit hati dengannya... Faizul enggan bertanggungjawab atas perbuatannya malah menuduh Aida hamil anak orang lain!

"Saya dapat faham dan rasai kepedihan hati Aida... Tak cukup dengan itu Faizul enggan memulangkan wang yang dipinjam daripada Aida," katanya.

Iqa memberitahu Aida nekad untuk menghantar santau kepada Faizul selain mengugurkan kandungannya walaupun dia cuba menghalang dan sanggup membesarkan anak tersebut selepas dilahirkan.

Gagal sedia kuku, rambut, pakaian teman lelaki... Janin bayi pengganti santau maut!

Demi membalas dendam, Aida sanggup ke Danok, Thailand untuk bertemu dengan seorang bomoh terkenal di kawasan itu namun mereka tergamam dengan permintaan bomoh itu.

Bomoh itu mahukan janin dalam kandungan Aida selepas digugurkan kerana dia gagal menyediakan barang milik Faizul seperti rambut, kuku atau pakaian teman lelakinya itu.

Bercerita mengenai proses itu, Iqa memberitahu bomoh itu memulakan bacaan mantera dihadapan tokong sambil membaca nama di atas kertas.

Perbuatan sihir selalunya digunakan sebagai jalan mudah untuk memuaskan nafsu diri.

Selesai membaca mantera, Aida diberikan sehelai tuala dan meminta rakannya itu membuka baju sebelum bomoh itu merenjiskan air yang diisi dalam bekas emas ke belakang badannya.

"Aida mengerutkan dahinya dan dia diminta berbaring sebelum bomoh membaca sesuatu ke perutnya. Dia juga mengunting sedikit rambut Aida di bahagian hadapan.

"Mereka juga melakukan ritual secara tertutup dipercayai memohon pada roh. Ritual ini perlu dilakukan memandangkan Aida tidak mempunyai barangan milik Faizul seperti kuku, rambut atau baju bagi memudahkan proses santau," ujarnya.

Bagaimanapun, Iqa memberitahu dia mula berasa seram apabila bomoh meminta janin dalam kandungan Aida sebagai ganti untuk menghantar santau maut yang akan meragut nyawa Faizul memandangkan ia adalah baka lelaki itu.

Manakala rambut Aida yang digunting pula adalah simbolik untuk menyaring Aida daripada terkena santau yang dilakukannya sendiri.

Mereka juga menjalankan ritual secara tertutup dipercayai memohon pada roh. Ritual ini perlu dilakukan memandangkan Aida tidak mempunyai barangan milik Faizul seperti kuku, rambut atau baju bagi memudahkan proses santau.

IQA

Taman bungkusan atau 'makan diri

"Selepas Aida menggugurkan kandungannya, janin segera diberikan kepada bomoh itu sebelum dia diberikan sebuah bungkusan dengan tulisan sanskrit kuno yang perlu ditanam di depan rumah ibu Faizul.

"Jika dia gagal berbuat demikian, roh janin dan roh yang telah diseru untuk membunuh Faizul dan ibunya akan menyerang Aida! Itulah perjanjiannya," ceritanya.

Memutuskan hubungan sahabat sejurus selepas pulang dari Thailand, Iqa memberitahu dia tidak mahu masuk campur urusan menanam bungkusan itu seperti diminta bomoh dan tidak pasti sama ada Aida sanggup melakukannya atau tidak.

"Berita kematiannya memang mengejutkan saya dan membuatkan saya tertanya-tanya sama ada dia pergi menaman bungkusan itu atau pun tidak sehingga santau maut yang dilakukannya itu telah memakan dirinya sendiri... Saya sendiri tiada jawapan," ujarnya.

Pun begitu kata Iqa, perkongsiannya itu diharap dapat membuka mata orang lain agar tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu sehingga sanggup menyekutukan Allah dan memakan diri sendiri.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Misitk , Bomoh , Thailand , Dendam

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain