Motosikal mati enjin sebaik melintas batu putih ini... Orang kampung pesan, jangan ambil anak batu bawa pulang - Mistik | mStar

Motosikal mati enjin sebaik melintas batu putih ini... Orang kampung pesan, jangan ambil anak batu bawa pulang

Batu putih ini dipercayai 'beranak' dan jumlah kecilnya bertambah setiap masa.

SIAPA orang Batu Pahat, Johor? Pernah dengar tak kisah misteri batu putih di Kampung Batu Puteh?

Baru-baru ini penulis turun ke Batu Pahat dan duduk berbual bersama seorang rakan bernama Hazli. Borak punya borak, terbuka kisah tentang batu putih.

Kawasan batu putih ini terletak di tepi jalan saja dalam ladang kelapa sawit di Parit Sulong, berdekatan dengan tangki air. Ada papan tanda di situ tertulis Batu Putih. Di situ kelihatan longgokan batu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pondok Tanjung? Selepas 10 malam orang dah tak lalu... ada wanita cantik ajak mandi

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bumbung sotong dipercayai tempat pemujaan... Boleh dilihat, jika dicari akan sesat

Ada batu besar dan di sekelilingnya pula dipenuhi batu-batu kecil. Kata Hazli, zaman dulu macam-macam kisah pelik kedengaran tentang kawasan batu putih ini.

“Dulu-dulu, selalu orang kata motosikal yang lalu di situ akan mati enjin tiba-tiba. Terpaksa tolak motor. Dah lepas kawasan batu putih tu, elok pula enjin motor boleh dihidupkan.

Dulu-dulu, selalu orang kata motosikal yang lalu di situ akan mati enjin tiba-tiba. Terpaksa tolak motor. Dah lepas kawasan batu putih tu, elok pula enjin motor boleh dihidupkan.

HAZLI

PENDUDUK KAMPUNG BATU PUTEH

“Ada juga cerita tentang penduduk yang pernah nampak api menyala besar di kawasan batu putih itu dari jauh. Api tu menjulang tinggi macam ada kebakaran besar. Tapi bila dilihat semula, tak ada pula kesan-kesan terbakar di situ,” cerita Hazli.

Bukan itu saja, pernah juga penduduk sekitar ternampak pusaran puting beliung gergasi yang keluar dari arah batu putih itu sebelum ia lenyap begitu saja.

Pernah juga pada masa lalu, seorang penduduk yang mahu pergi ke kebun pada awal pagi melalui kawasan batu itu, dia kehairanan melihat kawasan itu dipenuhi orang ramai.

Berasa pelik, dia masuk ke kawasan batu putih itu dan terkejut melihat ada banyak rumah bagaikan satu perkampungan di situ. Ada ramai orang, tetapi anehnya seorang pun penduduknya tidak dia kenali.

Bila terasa pelik dengan keadaan itu, dia cuba mencari jalan keluar tapi dia bagaikan sesat. Dan bila dia berjaya keluar dari perkampungan itu, rupa-rupanya hari sudah gelap beransur malam.

Lebih aneh, sebaik dia berpaling melihat ke arah belakang semula, perkampungan yang dilihatnya itu sudah tiada, dan keadaan hanya kebun belukar yang mulai gelap.

Menurut kata orang tua-tua dahulu, kawasan batu putih itu ada ‘penjaga’. Kononnya ada perkampungan makhluk halus di situ.

Menurut Hazli lagi, disebabkan dahulu banyak kisah-kisah misteri berkaitan batu putih ini, ramai pula pihak yang mengambil kesempatan melakukan amalan-amalan khurafat di situ.

Kampung Batu Puteh menyimpan pelbagai kisah misteri mengenai batu berwana putih yang terdapat di kawasan ini.

“Dulu kawasan batu ni memang jadi tempat amalan khurafat. Ramai yang datang buat pemujaan kat situ. Yang nak minta nombor ekor, cari harta, puja semangat dan macam-macam lagilah. Tapi sekarang tak lagi. Penduduk dah jaga tempat tu elok-elok, selalu gotong royong bersihkan dan sentiasa pantau sebab tak mahu ada aktiviti khurafat lagi di situ,” jelas Hazli.

Hah, bagus begitu. Jika tidak ada yang memantau, pasti ada saja orang yang tidak bertanggungjawab buat bukan-bukan di situ.

Namun, Hazli nasihatkan jangan cuba ambil batu di kawasan itu ya. Sebab pernah berlaku, ada orang ambil anak-anak batu di situ. Esoknya, orang itu datang kembalikan semula batu tersebut. 

Katanya, tak tahan dengan macam-macam gangguan yang dia terima apabila bawa balik batu itu ke rumah.

Ada lembaga datang menghantuinya dan minta dia pulangkan semula batu itu ke tempat asal. Itulah fasal, siapa suruh ambil barang yang bukan hak kita. Dah tentu pemiliknya marah, bukan?

Sedikit info, kampung ini dibuka oleh Haji Senawi, seorang peneroka dari Indonesia pada tahun 1876. Apabila perkampungan dibina di sini, ia diberi nama Kampung Haji Senawi.

Kemudian, mereka menemui satu kawasan dalam perkampungan ini yang terdapat selonggok batu besar berwarna putih. Lalu nama kampung itu ditukar menjadi Kampung Batu Puteh.

Dikatakan sewaktu awal penemuan dulu, batu-batu di sini tidak sebanyak sekarang. Orang dulu-dulu mengatakan batu putih ini beranak pinak dan menjadi banyak (batu-batu kecil) seperti sekarang.

Terpulanglah hendak percaya ataupun tidak. Yang pati, jangan sampai kita hilang akidah sudahlah jika terlalu taksub dengannya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Batu Puteh , misteri , mistik

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini