Tiba-tiba mengantuk luar biasa anda mungkin dipukau... 5 gadis trauma barang berharga lesap, kain kuning berasap - Mistik | mStar

Tiba-tiba mengantuk luar biasa anda mungkin dipukau... 5 gadis trauma barang berharga lesap, kain kuning berasap

Lima gadis tidur mati rupa-rupanya ada pihak menyihir rumah mereka sebelum memecah masuk. - Gambar Hiasan.

PENGALAMAN lima gadis bujang tinggal serumah menjadi mimpi ngeri apabila kediaman mereka dipecah masuk ketika kesemuanya sedang enak tidur.

Kalau melihat kepada keadaan dalam rumah yang dah macam tokang pecah itu, amat mustahillah tiada siapa yang sedar ketika rumah digeledah.

Tapi mujurlah mereka tidak diperkosa.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas jika tiba-tiba perangai berubah jadi budak, mata merah dan kulit kekuningan... itu petanda disihir anak kerak!

Peristiwa itu benar-benar membuatkan Seri yang baru beberapa bulan menyewa di flat tingkat tiga, Seksyen 17, Petaling Jaya bersama kawan-kawannya itu trauma.

Keadaan tingkap serta pintu rumah yang telah diumpil oleh perompak. 

Dia terfikir juga, bagaimana rumah yang kemas dikunci boleh dipecah masuk?

Bertambah pelik lagi apabila kelima-lima penghuni berada dalam rumah ketika kejadian berlaku, namun tiada seorang pun yang sedar.

"Kenapa tak ada seorang pun tersedar? Sedangkan mangga pada pintu besi dipecahkan, besi-besi berterabur di lantai... Semestinya ia akan menghasilkan bunyi yang kuat!

"Malah bilik tidur utama yang paling dekat dengan pintu takkan lah tak boleh dengar? Dan yang paling pelik, takkan tak ada seorang pun yang sedar ada orang memecah masuk ke bilik masing-masing," luah Seri kepada rakan-rakannya.

Membaca beberapa petua mengikut sunah Rasulullah boleh mengelak perkara tidak diingini berlaku. Gambar hiasan.

Pada malam kejadian, berlaku perkara pelik apabila mereka terasa amat mengantuk daripada kebiasaan. Kira-kira pukul jam 11:30 malam, lampu kalimantang di setiap bilik dimatikan kerana mereka sudah bersiap-siap untuk tidur.

Rupa-rupanya rasa mengantuk itu ada sebabnya sehinggalah rumah mereka digeledah dengan beberapa barang berharga seperti wang, telefon, barang kemas habis dikebas.

Bagaimanapun semua rahsia itu terbongkar apabila ayah kepada salah seorang daripada penghuni rumah itu yang mahir dengan cara perubatan Islam datang menziarahi mereka beberapa hari kemudian.

"Sah... rumah ini dipukau. Sebab itu kamu semua tak sedar dan tidur mati. Malam tu kamu semua rasa mengantuk lebih awal daripada hari kebiasaannya," ujar Pak Din ketika membacakan ayat-ayat suci untuk mengetahui apa yang berlaku.

Baiklah, sebenarnya ada sesuatu yang telah ditinggalkan oleh pelaku itu di setiap penjuru dalam rumah ini selepas dia menyelinap masuk dan menyihir kamu.

PAK DIN

PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

Sebaik sahaja dimaklumkan mereka telah dipukau, merinding bulu roma masing-masing. Mana tidaknya, ini merupakan kejadian yang pertama dialami mereka berlima.

Untuk mengetahui jika terdapat apa-apa perkara tidak baik dalam rumah itu, Pak Din meneruskan amalan perubatannya dengan membaca ayat-ayat rukyah selain terlihat dia menyapu sesuatu pada lantai rumah flat berkenaan.

Kemudian dia bertanya, 'ada atau tidak diantara kamu pernah menghidu bau busuk ketika berada dalam rumah?'

Namun, jelas salah seorang gadis pernah juga dia terbau busuk seakan-akan benda terbakar selain terasa seperti ada kelibat seseorang memerhatinya ketika berada rumah.

Manakala, kata empat gadis yang lain mereka hanya mengalami sakit kepala serta seperti dicucuk-cucuk pada bahagian belakang badan.

Kain berwarna kuning dan merah merupakan antara alatan yang sering digunakan oleh pengamal ilmu hitam. - Gambar hiasan

"Baiklah, sebenarnya ada sesuatu yang telah ditinggalkan oleh pelaku itu di setiap penjuru dalam rumah ini selepas dia menyelinap masuk dan menyihir kamu," jelas Pak Din lagi.

Tanpa memberi sebarang isyarat, Pak Din bangun melulu ke arah satu sudut di bahagian pintu utama rumah dan secara tiba-tiba mereka semua terhidu bau yang tidak menyenangkan.

Bertambah seram lagi, apabila asap tiba-tiba keluar serta berbau busuk dari bahagian dapur rumah dan ketika mereka berlari melihatnya, kelihatan sehelai perca kain berwarna kuning sedang terbakar.

Lalu Pak Din mengambil kainnya sambil mengibas-ngibas perca kuning itu sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Kesan umpilan pada tombol pintu utama.

"Inilah antara barang peninggalan orang yang memecah masuk rumah kamu itu. Peninggalan barang ini menjadi tanda dia berhasrat untuk menceroh rumah ini lagi pada masa hadapan," kata Pak Din.

Usai sahaja proses pembersihan rumah, Pak Din memberitahu rumah yang didiami gadis-gadis itu turut dicalit dengan minyak dagu oleh pelaku tersebut dengan niat tidak baik.

Mereka yang pada mulanya tidak mempercayai dan menganggap ini semua hanya karut, akhirnya sedar akan terdapat unsur-unsur sihir yang masih diamalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Akibat peristiwa itu, Seri dan rakan-rakannya membuat keputusan keluar rumah dan mencari kediaman lain untuk disewa.

Mereka bimbang kejadian serupa berulang dan tidak sanggup lagi diuji dengan dugaan sedemikan rupa.

Menurut orang tua-tua dahulu terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan agar terhindar daripada terkena ilmu pukau. 

Baju yang dipakai oleh salah seorang gadis secara terbalik tanpa sengaja pada malam kejadian.

Antaranya, jangan tidur dalam posisi yang sama iaitu anda perlu tidur dalam posisi yang songsang bagi setiap ahli keluarga yang berada di dalam rumah.

Kedua, penyapu perlu diterbalikkan dengan tempat penyapunya diarahkan pada kedudukan atas dan diletakkan di belakang pintu.

Selain itu, ada juga amalan memelihara ikan puyu dan memakai pakaian terbalik ketika hendak tidur.

Bagaimapun itu, semua hanyalah petua dan terdapat cara lain boleh dilakukan dengan berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran sebagai pendinding kepada sesuatu perkara.

Amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur ialah berwuduk, membaca ayat Kursi, membaca tiga surah ini secara turutan iaitu surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas serba membaca Bismillah sebanyak 21 kali.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
pukau , pecah masuk , sihir

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain