Jangan seronok sangat... Cabaran vakum beg sampah nampak menarik, tapi awas boleh meragut nyawa! - I-suke | mStar

Jangan seronok sangat... Cabaran vakum beg sampah nampak menarik, tapi awas boleh meragut nyawa!

Cabaran vakum beg sampah sedang menjadi ikutan dalam kalangan netizen.

SETIAP hari kita akan dihidangkan dengan pelbagai perkara baharu di media sosial sehingga ada di antaranya menjadi ikutan dan tular di seluruh dunia!

Bagai sudah menjadi seperti satu kemestian untuk mengikut trend semasa agar kita tidak dikatakan ketinggalan walaupun apa yang dibuat ada kalanya membahayakan diri.

Terbaharu, cabaran vakum beg sampah pula menjadi tular dalam kalangan netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu terbalik telefon! IGTV kini boleh ditonton melintang

Caranya mudah, seseorang itu hanya perlu masuk ke dalam beg sampah sebelum udara disedut menggunakan vakum sehingga plastik melekap ke badan.

Ramai beranggapan cabaran itu sebagai dangkal walaupun ia nampak menyeronokkan sehingga ia mendapat perhatian pakar perubatan yang menyifatkan aktiviti itu sebagai berbahaya.

Cabaran ini juga boleh membuatkan seseorang itu diserang panik. 

Tanpa disedari beg sampah yang melekap badan badan boleh menyebabkan keadaan dipanggil 'cerebral hypoxia' iaitu situasi kekurangan bekalan oksigen ke otak menurut Institut Neurologi dan Strok Kebangsaan Amerika Syarikat.

"Sel-sel otak sangat sensitif kepada kekurangan oksigen... tidak perlu lama hanya dalam masa lima minit seseorang itu kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan kerosakan atau kematian," katanya wakil institut itu.

Sementara itu, cabaran itu dianggap bahaya kerana terdapat potensi seseorang itu berada dalam keadaan panik apabila menyedari dirinya tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman beg sampah itu sehingga menyukarkan mereka bernafas.

"Jika seseorang itu merasakan wajah mereka ditutup dengan beg sampah itu dan mula berasa panik, mereka boleh berhenti bernafas secara tiba-tiba.

"Ramai tidak sedar tentang bahaya serangan panik yang boleh membawa kepada situasi tidak terjangka," kata kenyataan itu lagi. - FOX NEWS

Vakum Beg Sampah , Tular

Artikel Lain