suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada 6 petunjuk bateri kereta bakal tamat hayat... Jika ada salah satu, boleh terus ke bengkel ganti baharu

Jangka hayat bateri kereta lazimnya bertahan sehingga dua tahun. -Gambar hiasa

PASTI ramai dalam kalangan kita yang kurang memberi perhatian kepada jangka hayat bateri kereta.

Bateri kereta sering kali dianggap sebagai komponen yang tidak memerlukan perhatian berkala, sedangkan hakikatnya, ia adalah salah satu alat penting untuk memastikan kereta dapat berfungsi.

Ramai pemilik kereta hanya menyedari masalah bateri apabila enjin sukar dihidupkan atau apabila kereta tidak dapat dihidupkan langsung, biarpun sudah menunjukkan beberapa petunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta tiba-tiba rosak tepi jalan? Jangan panik, ini langkah penting yang perlu anda buat

Antara petunjuk bateri kereta anda sudah sampai masanya untuk diganti:

- Enjin sukar untuk dihidupkan atau tidak dapat dihidupkan langsung.

- Lampu dan aksesori kereta menjadi malap atau tidak berfungsi dengan baik.

Most manufacturers offer a warranty on EV batteries for up to eight years and 160,000km.

Simptom bateri lemah boleh dikesan daripada frekuensi radio atau tetapan jam yang tidak tepat. -Gambar hiasan

- Bunyi 'klik' terdengar apabila cuba menghidupkan enjin, tetapi enjin tidak berputar.

- Lampu amaran bateri menyala pada papan pemuka.

- Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi asal hilang

- Tetapan jam tiba-tiba tidak menunjukkan waktu yang tidak tepat.

Jadi, jika salah satu daripada enam petunjuk ini berlaku pada kereta anda, carilah masa untuk ke bengkel untuk periksa jangka hayat bateri dan gantilah dengan yang baharu jika perlu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain