suria

Jangan main sumbat je! Ambil tahu beberapa perkara sebelum cuci toto di dobi layan diri

Toto yang tebal boleh dicuci di kedai dobi layan diri.

MESIN basuh di rumah kita mungkin tidak sesuai untuk cucian berat melibatkan toto dan bed comforter.

Jadi, berikut kami kongsikan 11 langkah yang boleh dilakukan untuk anda membuat cucian di kedai dobi layan diri.

1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.

2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan - ini untuk mengelak bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.

3. Pre-wash - cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.

4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.

5. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.

toto 2

Cuci toto anda secara berkala untuk mengelakkan kehadiran hama. -Gambar hiasan

6. Pilih suhu basuhan mengikut kesuaian fabrik. Untuk pelanggan yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat/panas untuk membunuh hama.

7. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di inlet masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).

8. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.

9. Untuk pengeringan yang lebih berkesan, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.

10. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.

11. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 hingga 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

Untuk memastikan ia betul-betul kering, anda juga boleh menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.

Tip berguna ini dikongsi oleh Bubble Laundrette Station 18 menerusi Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain