suria

Cermin kereta berkabus undang bahaya! Ketahui 3 puncanya dan cara penyelesaian

Cermin yang berkabus menghalang penglihatan pemandu kereta. -Gambar hiasan

KEMAMPUAN untuk melihat merupakan salah satu aspek paling penting dalam pemanduan.

Namun, kemampuan itu kadang kala terbatas disebabkan masalah-masalah seperti cermin hadapan kereta yang tiba-tiba berkabus, khususnya ketika hujan, sehingga menghalang penglihatan pemandu.

Punca cermin berkabus

1. Suhu - Perbezaan suhu antara dalam dan luar kereta boleh menyebabkan pengumpulan lembapan yang meningkatkan risiko cermin depan berkabus.

2. Cermin depan kotor - Kotoran, serpihan dan zarah boleh terkumpul pada cermin depan. Malah, zarah lembapan lebih mudah melekat pada permukaan yang kotor daripada yang bersih. Ini menyebabkan cermin depan kereta yang kotor akan menjadi lebih mudah untuk berkabus.

3. Isu mekanikal - Penapis kabin (cabin filter) ialah ciri biasa dalam kereta yang dibina selepas tahun 2000. Penapis ini mengumpul debunga, habuk dan bahan cemar lain dan membantu mengawal kualiti udara di dalam kenderaan anda. Haba dan penghawa dingin kereta anda juga menapis melalui penapis kabin.

WhatsApp Image 2023-10-23 at 9.13.53 AM

Buka tingkap seketika untuk menghilangkan kabus ini. -Gambar hiasan

Serpihan berlebihan di dalam penapis kabin boleh memberi kesan kepada prestasi penyahbeku kereta anda. Dalam keadaan ini, lebihan serpihan boleh menurunkan kualiti udara dalam kenderaan dan cermin depan menjadi terdedah kepada pemeluwapan yang mengakibatkan kabus.

Cara hilangkan kabus pada cermin kereta

1. Tingkatkan haba - Meningkatkan haba di dalam kereta akan membantu anda untuk mengelakkan pengabusan kerana udara panas mengandungi lebih banyak lembapan daripada udara sejuk.

Udara panas di dalam kereta akan mengumpul lembapan, sekali gus menjauhkannya dari cermin depan. Ini akan meminimumkan pengabusan ketika cuaca sejuk.

2. Buka tingkap -Turunkan cermin tingkap anda dan biarkan ia terbuka sedikit selama beberapa minit. Ini membantu menggabungkan udara lembap di dalam kereta anda dengan udara sejuk dan kering di luar kenderaan anda untuk menghilangkan kabus di cermin kereta.

3. Semak keadaan pendingin hawa kereta - Pastikan ia dalam keadaan baik. Jika ada masalah, segera bawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Jika perlu, lakukan servis atau baiki segera masalah yang ada. Memastikan pendingin hawa dalam keadaan baik dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya masalah kabus pada cermin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain