suria

Mudah hasilkan cili kisar, tapi bukan semua tahu cara supaya tahan lama... Memang tak berkulat!

Cili kisar perlu dimasak agar rasanya dapat tahan lama.

CILI kisar sememangnya merupakan salah satu bahan paling penting dalam masakan tempatan.

Namun, ramai yang tidak tahu cara bagaimana untuk memastikan cili kisar tahan lebih lama.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Huda Suhaini turut berkongsi cara untuk menghasilkan cili kisar yang boleh disimpan lama.

"Hari ni cuma buat stok cili kisar je. Dulu selalu gagal buat cili kisar ni, cepat betul berkulat dan bau tak best.

"Alhamdulillah memang menjadi. Petua orang lama ni jarang tak menjadi. InsyaAllah tahan lama dan tak berkulat," ujar Huda.

file6pxz4ne3gau1m1vz58y6

Banyak masakan menggunakan cili kisar sebagai bahan tumisan. -Gambar hiasan

Cara-cara:

1. Mula-mula masukkan cili kering yang direbus ke dalam pengisar.

2. Tambah sedikit cili kering biasa yang kurang pedas.

3. Masukkan dua biji bawang besar.

4. Masukkan sedikit cuka makan dan sedikit minyak masak.

5. Jangan lupa letak air dan kisar seperti biasa.

6. Kemudian masak cili kisar tadi di dalam kuali. Tujuannya untuk mengeringkan air yang terdapat dalam cili kisar.

7. Apabila hampir kering, boleh tutup api dapur dan sejukkan cili kisar.

8. Selepas siap, boleh simpan cili kisar di dalam bekas plastik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain