suria

Ambil tahu port kegemaran ular! Ada 7 tip nak elak haiwan ini singgah, masuk rumah anda

Tangkap layar beberapa video tular ular menganggu manusia sejak kebelakangan ini.

CUACA panas melampau yang melanda negara ini mengundang pelbagai kesan buruk termasuklah kematian akibat strok haba.

Malah, perhatian lebih perlu diberikan apabila kawasan rumah mula menjadi ‘sasaran’ untuk haiwan reptilia seperti ular.

Terdapat banyak video tular di media sosial menunjukkan haiwan berbisa ini keluar dari habitat dan memasuki rumah manusia, dipercayai mahu mencari tempat sejuk untuk berlindung.

Sebagaimana dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Langkawi (APM Langkawi) di TikTok baru-baru ini, mereka menemukan enam ekor ular dalam penghawa dingin di sebuah kediaman.

Ular merupakan haiwan reptilia liar yang berbahaya. -Gambar hiasan

Sudah pasti situasi ini satu menakutkan dan mencetuskan bahaya kepada manusia apatah lagi sekiranya terdapat anak kecil di rumah.

Terdapat tujuh tip berguna boleh anda cuba sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan ular memasuki rumah.

1. Bersihkan perkarangan rumah

Elakkan daripada melonggok barang dalam satu tempat atau ruang sehingga membolehkan ular menyelinap dan bersembunyi di celah-celah barang.

Bersihkan halaman rumah seperti kawasan pasu bagi mengelakkan timbunan daun kering yang merupakan tempat tidur ular.

2. Elak dari tanaman atau lalang merumpun

Tanaman merumpun seperti pandan dan serai berpotensi menjadi tempat persembunyian dan sarang bertelur bagi ular.

Tebas semak samun yang terdapat di dalam mahupun sekitar perkarangan kediaman anda.

file7l25l4l4gvbfrui6l24

3. Elak dari punca air (air bertakung)

Kawasan kolam ikan dan tasik adalah tempat kegemaran ular terutamanya ketika musim panas.

Jika kediaman anda berhampiran dengan tasik, ia berpotensi menjadi tempat persinggahan ular.

4. Tutup setiap lubang

Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman.

Tutup bahagian bumbung kerana ia antara tempat atau laluan masuk ular juga.

5. Bebas tikus dan katak

Tikus dan katak merupakan sumber makanan bagi ular.

Sekiranya terdapat banyak tikus dan katak di kediaman anda, lebih tinggi cenderung untuk ular datang.

file7qkdsezo73p1gr8wplpx

6. Pelihara kucing

Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya.

Sesetengah kucing mempunyai firasat untuk membunuh haiwan ini bergantung kepada saiz ular yang menyerang.

Namun sekiranya tidak boleh melawan, kucing boleh memberi amaran seperti bunyi bising apabila tidak berupaya untuk melawan ular tersebut.

7. Tabur serbuk belerang

Ada orang kata petua ini hanya mitos namun ia merupakan kaedah paling popular dilakukan.

Tabur di sekeliling kediaman dengan serbuk belerang atau nama lebih tepat sulfur.

Boleh dapatkan serbuk ni di kedai perkakasan (hardware) sahaja.

Tapi perlu diingatkan masa mahu menabur serbuk belerang ini, pakai sarung tanggan kerana sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit apabila tersentuhnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain