suria

Rumah bau kepam? Ini 8 langkah DIY ‘air freshner’ guna bahan semula jadi

Rumah berbau busuk dan kepam bukan sahaja membuatkan anda tidak selesa tetapi mengganggu kehidupan seharian.

SEHARIAN membersihkan rumah, sudah pasti meletihkan... tetapi kenapa masih ada bau kurang enak dan kepam lagi ya?

Lebih merungsingkan apabila pelbagai jenis 'air freshner' juga telah dipasang, namun bau kesegaran hanya bertahan seketika sahaja!

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bau busuk? Arang, oat antara 7 benda bantu selesaikan masalah anda

Bagi yang mengalami masalah ini, apa kata anda teliti semula beberapa perkara seperti haiwan peliharaan, pakaian yang sudah dipakai mahupun saluran air tersumbat dan tempat pembuangan sampah.

Ramuan air freshner yang dibuat secara alami pasti memberi kesegaran berpanjangan di rumah anda.

Ramuan air freshner yang dibuat secara alami pasti memberi kesegaran berpanjangan di rumah anda.

Jika kesemuanya telah rapi tetapi rumah masih berbau juga, anda boleh mencuba teknik yang dikongsikan pelayar TikTok @frosiematuran.

Lebih menarik kerana hanya menggunakan bahan semulajadi dan tidak melibatkan kos yang besar!

Cara menyediakannya adalah seperti berikut.

Daun bay dicarik sebelum dimasukkan ke dalam bekas

1. Masukkan tiga helai daun bay yang telah dicarik ke dalam bekas. Daun ini akan mengeluarkan aroma yang menarik dan membantu menghalau serangga seperti lipas.

2. Campurkan dengan empat sudu besar garam kasar atau garam bukit. Garam ini akan meningkatkan lagi bau daripada daun bay tadi.

3. Masukkan pula satu sudu besar bunga cengkih.

4. Kemudian gaul semua bahan tadi sehingga sebati.

Tuang pelembut frabrik ke dalam ramuan.

5. Tambahkan satu penutup pelembut fabrik kesukaan anda di dalam campuran tadi. Gaulkan supaya sebati.

6. Masukkan juga empat sudu besar baking soda. Ia membantu untuk meneutralkan bau busuk yang memenuhi ruangan rumah anda!

7. Seterusnya, tutup lapisan tadi dengan empat sudu besar garam kasar tambahan.

8. Akhir sekali bakar empat batang kulit kayu manis dan selitkan di dalam ramuan tadi. Ia dapat membantu menyebarkan aroma ramuan terus ke sekeliling rumah anda.

Jangan lupa mencuba ya dan rasai perbezaan kesegaran udara di rumah anda!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain