suria

Tiada lagi diskriminasi... kini Malaysia ada taman permainan khas buat kanak-kanak OKU

Kini kanak-kanak normal dan kelainan upaya boleh bergembira di taman permainan.

TAMAN permainan adalah 'syurga' untuk golongan kanak-kanak sehingga ada yang tidak mahu pulang ke rumah!

Akan tetapi bagi kanak-kanak kelainan upaya, ada di antara mereka berdepan masalah pergerakan terbatas ditambah pula permainan yang tidak sesuai dengan keadaan mereka menyebabkan golongan ini hanya mampu melihat kegembiraan rakan sebaya lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba... Facebook Reels kini boleh digunakan, cara terbaru jana pendapatan di media sosial!

Namun kini tidak perlu lagi bimbang kerana Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah melancarkan Inclusive Playground yang pertama di Malaysia bersempena Zero Discrimination Day atau Hari Diskriminasi Sifar.

Children at play in UNICEF / Sime Darby’s inclusive playground located at Elmina, Kuala Lumpur, Malaysia.Images feature a various typical children and some with disabilities.

Inclusive Playground di City of Elmina akan menjadi tumpuan pengunjung terutama kanak-kanak kelainan upaya.

Inclusive Playground ini, terletak di perbandaran Sime Darby Property yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu City of Elmina, Shah Alam ini telah direka bentuk dengan kerjasama kanak-kanak berkelainan serta tanpa kelainan upaya, ibu bapa, penjaga dan pakar-pakar teknikal seperti pertubuhan-pertubuhan orang kelainan upaya, pengamal intervensi awal dan pendidik.

Apa yang menarik mengenai taman permainan ini?

1. Taman permainan ini dilengkapi dengan tanjakan (ramps), serta roda berputar (spinners) and buaian (swings) yang direka khas untuk kanak-kanak kelainan upaya.

2. Kanak-kanak dapat menikmati tiang-tiang deria (sensory poles) dengan merasai tekstur-tekstur berbeza dan memperbaiki kestabilan mereka untuk bermain dengan titian keseimbangan (balancing logs) serta laluan batu-bata (steppingstone slabs).

Pix

Izdihar gembira dapat berseronok bersama rakan-rakan tanpa rasa terpinggir.

Salah seorang penyumbang kepada rekaan Inclusive Playground ini termasuklah seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Izdihar Janna Adzly yang juga jurucakap Belia Berkelainan Upaya.

Izdihar berkata, dia cukup teruja dengan pembinaan taman permainan itu kerana sebagai orang kelainan upaya (OKU) dia juga mahu bergembira bersama rakan-rakan tanpa rasa terpinggir.

"Saya suka mengunjungi Inclusive Playground kerana saya boleh bermain bersama rakan-rakan. Apabila saya bermain bersama rakan-rakan kelainan upaya, saya tidak rasa terpinggir.

Children at play in UNICEF / Sime Darby’s inclusive playground located at Elmina, Kuala Lumpur, Malaysia.Images feature a various typical children and some with disabilities.

Pelbagai permainan disediakan dan paling penting sesuai dan selamat untuk kanak-kanak kelainan upaya.

"Saya sangat seronok apabila saya berada bersama-rakan," ujarnya.

Dengan kelulusan serta sokongan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), taman permainan ini mencerminkan penerapan Prinsip Reka Bentuk Sejagat (Universal Design Principles) dan Piawaian Malaysia 1184 (Malaysia Standard 1184) dalam pembangunan ruang awam.

Pembinaan Inclusive Playground ini telah bermula pada Februari 2020 dan mematuhi syarat serta keperluan ketat MBSA yang merujuk kepada ketahanan bahan binaan, kaedah penyelenggaraan dan penerimaan orang ramai.

Children at play in UNICEF / Sime Darby’s inclusive playground located at Elmina, Kuala Lumpur, Malaysia.Images feature a various typical children and some with disabilities.

Ia bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak kelainan upaya tetapi juga golongan normal.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama inovatif ini, sebuah Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik dan Alat Panduan (Best Business Practice Circular and Guidance Toolkit) telah disediakan sempena pelancaran tersebut untuk memberi inspirasi kepada pemaju hartanah dan pihak berkuasa tempatan yang lain untuk membangunkan ruang yang inklusif, selamat dan mesra kanak-kanak, termasuk taman permainan.

Sementara itu, wakil UNICEF Malaysia dan wakil khas ke Brunei Darussalam, Dr Rashed Mustafa Sarwar berkata, Sime Darby Property dan Majlis Bandaraya Shah Alam telah membuktikan komitmen mereka untuk memperjuangkan hak serta kepentingan inklusif kanak-kanak.

Kanak-kanak berkelainan dan tanpa kelainan upaya dapat bermain bersama-sama di Inclusive Playground. Dengan kerjasama yang strategik, semua pihak bersama dapat memansuhkan pengecualian dan diskriminasi di semua tahap dalam masyarakat malah Malaysa akan mejadi lebih inklusif.

Children at play in UNICEF / Sime Darby’s inclusive playground located at Elmina, Kuala Lumpur, Malaysia.Images feature a various typical children and some with disabilities.

Taman permainan ini membawa keceriaan pada kanak-kanak.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican pula memberitahu pihaknya menyokong penuh hak sama rata kanak-kanak untuk bermain dan menikmati aktiviti riadah di luar, dan Inclusive Playground ini akan menjadikannya satu kenyataan.

"Keperluan perkembangan kanak-kanak adalah penting apabila membangunkan suatu perbandaran, dan keterangkuman adalah faktor utama untuk mewujudkan komuniti yang lestari.

"Kerjasama ini menggabungkan kecekapan kami dalam pembangunan hartanah serta menegakkan hak asasi kanak-kanak, dengan mengetengahkan nilai tambah dalam mereka bentuk dan pembangunan untuk semua," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain