suria

Mac Bulan Pengguna Kebangsaan, ada 8 hak anda sebagai pengguna yang perlu diketahui

Ketahui hak anda sebagai pengguna.

BUAT julung kalinya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) peringkat nasional di seluruh negara sepanjang bulan Mac.

Sambutan ini antara lain bertujuan untuk memperkasa pengguna agar menjadi lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek terutamanya hak dan perlindungan pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka berjimat? Ini 6 tip dan helah berbelanja yang perlu anda tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam ada... ketahui tip mudah berbelanja produk kecantikan di farmasi

BPK2022 disambut selama sebulan bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 31 Mac ini, yang mana kemuncak sambutan akan diadakan pada 26 Mac ini.

WhatsApp Image 2022-03-02 at 9.38.44 AM

8 hak anda sebagai pengguna.

Tetapi adakah masyarakat sedar tentang hak mereka sebagai pengguna? Jika masih belum tahu, sebenarnya terdapat lapan perkara penting yang perlu diketahui bagi memastikan sebagai pengguna hak anda tidak terabai.

1. Mendapatkan keperluan asas

2. Mendapatkan maklumat

3. Mendapatkan keselamatan

4. Menyuarakan pendapat

5. Pendidikan pengguna

6. Membuat pilihan

7. Mendapatkan ganti rugi

8. Mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

WhatsApp Image 2022-03-02 at 9.38.45 AM

Pengguna mempunyai hak untuk memilih.

Tidak hanya itu, sebagai pengguna, anda juga mempunyai hak untuk memilih tanpa desakan dan paksaan peniaga.

Terdapat tiga persoalan yang boleh membantu dalam soal hak pengguna untuk memilih, termasuklah;

1. Apa nak beli?

Keperluan, citarasa, kesukaan. Pengguna bersedia membayar lebih jika pilihan dibuat atas dasar gaya, citarasa dan kesenangan.

2. Di mana nak beli?

Kedai, premis, platform dan lokasi. Sedia beralih jika sesebuah premis tidak lagi menjual pada harga yang munasabah.

3. Bila nak beli?

Keperluan mendesak atau boleh tunggu waktu yang sesuai seperti jualan mega, diskaun dan potongan harga untuk tingkatkan penjimatan.

Sementara itu, BPK adalah bersesuaian dengan sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (HHPS) yang disambut pada 15 Mac di mana tahun ini bertemakan Fair Digital Finance atau kesaksamaan dalam kewangan digital.

WhatsApp Image 2022-03-02 at 9.38.45 AM (1)

KPDNHEP mempunyai pelbagai saluran untuk pertanyaan dan aduan.

KPDNHEP mengadaptasi tema itu bersesuaian dengan keadaan dan kesesuaian masyarakat iaitu Digitalisasi Pengguna yang memfokuskan kepada penggunaan transaksi dalam talian yang lebih mudah, cepat dan selamat bagi urusan harian.

Ia juga bagi memastikan kesaksamaan dan perlindungan kepada pengguna dalam aktiviti kewangan terutamanya secara dalam talian terpelihara.

Dalam pada itu, KPDNHEP sebenarnya telah tampil melalui inisiatif serupa tahun lalu melalui Pendigitalan Industri Peruncitan (ReDI) termasuk peniaga kecil di pasar, pasar tani dan pasar malam.

Pemilihan tema itu juga bertepatan dengan pandemik Covid-19 yang kini ramai beralih kepada transaksi bayaran, jual beli dan sebagainya tanpa sentuhan dan dalam talian yang lebih efisien.

Dalam perkembangan sama, KPDNHEP menerusi BPK2022 tahun ini telah merangka pelbagai aktiviti dan program selaras dengan perkembangan hal ehwal kepenggunaan semasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang masih berjalan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di peringkat negeri dan daerah termasuklah aktiviti komuniti, wacana ilmiah, kembara rakan KPDNHEP, jualan, karnival kepenggunaan, promosi dan pertandingan kepenggunaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain