suria

Masih berbikini, nenek 56 tahun tampil gaya fesyen 'berani mati'

Soonthorntanasatit Sopit menjadi perhatian kerana gayanya yang mengalahkan orang muda! Foto Instagram @sopit_nong

SEBELUM ini seorang atuk berasal dari Jepun dikenali sebagai Noboru Kakuta tular kerana ramai kagum dengan pemilihan fesyennya yang menggalahkan gaya golongan muda.

Itu antara kuasa tular dan media sosial yang mampu dilakukan terhadap seseorang - daripada tidak dikenali sehingga terkenal di seluruh pelusuk dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani mencuba! Itu tip kerjaya di lapangan, "Saya terpaksa makan daging ikan paus" - Pengarah Seni Nat Geo Asia

Terbaharu seorang nenek berusia 56 tahun, Soonthorntanasatit Sopit pula menjadi perhatian kerana citarasa fesyennya yang 'berani mati'.

Sekali pandang, anda mungkin tidak menyangka bahawa nenek berasal dari Thailand ini sudah menjangkau usia separuh abad namun ramai memuji keberaniannya dalam berfesyen.

Sopit gemar bergaya.

Sopit juga nampaknya suka dengan perhatian yang diberikan netizen kepadanya dan banyak memuat naik gambarnya di Instagram dengan menampilkan pelbagai gaya dan fesyen.

Sesekali, Sopit memuat naik gambarnya berpakaian kasual bersama seluar jean termasuk pakaian tradisional Thailand yang penuh warna-warni.

Tidak cukup dengan itu, Sopit pernah mengejutkan pengikutnya apabila memuat naik gambarnya hanya berbikini dengan rambutnya yang panjang mengurai.

"Cantik! Melihat keberaniannya pada usia 56 tahun membuatkan saya terfikir, adakah saya mampu kelihatan begitu nanti?

Antara fesyen digayakan Sopit.

"Apa agaknya rahsia dia kelihatan masih cantik pada usianya sekarang," antara komen netizen.

Tidak menyembunyikan rahsia kecantikannya, Sopit ketika ditemu bual oleh majalah di Thailand memberitahu tiada sebarang amalan tertentu sebaliknya hanya menjaga rutin penjagaan wajah.

Sopit memberitahu dia juga kerap melakukan rawatan spa untuk wajahnya bagi memastikan kulitnya sentiasa lembut selain melambatkan proses penuaan.

"Selain penjagaan wajah, saya juga menitikberatkan soal pemakanan dalam diet saya. Ini penting kerana ia bukan sahaja dapat mengekalkan bentuk tubuh tetapi menjaga kesihatan," ujarnya. - MUSTSHARENEWS

Soonthorntanasatit Sopit, Figura

Artikel Lain