PERKONGSIAN beberapa individu tentang fantasi seksual pasangan masing-masing mengundang topik perbualan hangat di laman X.
Dalam siri perkongsian itu, seorang wanita tidak dikenali memberitahu suaminya meluahkan hasrat untuk melakukan seks melalui dubur.
"Suami minta main belakang. Saya pun teringin nak cuba. Tapi haram. Patut atau tak patut kami lakukannya?" tulis wanita itu.
Seorang lagi lelaki juga berdepan 'isu' serupa apabila isterinya turut membuat permintaan sama, namun dia tidak berani untuk mencuba.
"Saya lelaki 28 tahun. Isteri asyik minta anal. Dia selalu nak cuma saya tak sedia. Macam mana nak mula?
"Kadang dia sampai merajuk sebab saya tak nak cuba," tulis lelaki itu.
Perkongsian berkenaan menerima kecaman ramai memandangkan perbuatan itu adalah haram bagi umat Islam.
"Sekali kamu relakan, makin banyak benda haram lain yang akan dibiasakan.
"Janganlah mulakan benda haram. Nanti susah nak berhenti," tulis netizen.
Seks yang sihat dan selamat boleh memberi kebahagiaan kepada suami isteri. -Gambar hiasan AI
Menurut Hello Doktor, liwat atau seks anal membawa maksud persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur.
Perbuatan ini bukan hanya dilakukan oleh golongan homoseksual, malah pasangan suami isteri juga tidak terkecuali.
Risiko
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), liwat adalah sejenis seks yang paling berisiko untuk dilakukan.
Salah satu bahaya utama seks anal adalah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV cukup tinggi.
Ini kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat nipis.
Maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV, HPV, dan penyakit kelamin (STD) lain.
Individu yang diliwat juga berisiko mengalami koyakan dubur.
Kesan koyakan dan luka pada dubur itulah yang menjadikan seks anal sangat berisiko dijangkiti HIV dan STD lain.
Selain itu, jika pelaku beralih dari seks dubur ke seks faraj tanpa mencucinya terlebih dahulu, isteri berkemungkinan bakal mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) serta jangkitan lain yang menyeksakan.
Sebagai peringatan, seks melalui dubur adalah diharamkan dalam Islam dan semua orang perlu menjauhinya.