TEMPOH pemulihan selepas melahirkan anak biasanya memerlukan masa sekitar 30 hingga 40 hari. Walaupun selepas tempoh berkenaan, golongan ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja lasak kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan dalaman. Seorang ibu muda berusia 20-an berdepan situasi menakutkan apabila rahimnya ‘tergelincir’ dari kedudukan asal di pelvis. Berdasarkan perkongsian organisasi kesihatan, Birth Safe situasi itu terjadi selepas wanita yang baru melahirkan anak kedua empat bulan lalu itu mendukung anak sulungnya. Mengangkat bebanan yang berat selepas bersalin boleh menjejaskan kesihatan dalaman wanita. -Gambar hiasan "Anak sulungnya berusia empat tahun itu didapati menelan cecair peluntur pengilat kuku, tanpa berlengah dia terus mengangkat anaknya ke dapur. "Dia berusaha pelbagai cara agar anaknya memuntahkan cecair tersebut. Setelah dipantau di rumah, keadaan anaknya akhirnya stabil dan tidak mengalami kesan serius," kata organisasi dari Nigeria itu. Namun, keesokan harinya, wanita tersebut mula merasakan sesuatu yang tidak kena pada bahagian vagina. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi 5 jenis bau alat sulit wanita... Segera ke hospital kalau faraj hanyir, busuk macam bangkai ARTIKEL BERKAITAN: Banyak produk pewangi faraj dijual, tapi perlukah wanita menggunakannya? "Semasa mandi, dia berasa seperti ada sesuatu yang terkeluar pada bahagian berkenaan. Setelah meminta bantuan ibunya untuk memeriksa, mereka mendapati cebisan daging terkeluar. "Rupa-rupanya, akibat mendukung anak sulungnya yang berat, wanita ini mengalami Uterine Prolapse, di mana rahimnya ‘tergelincir’ dari kedudukan asal di pelvis," kata organinasi itu. Birth Safe memaklumkan terdapat empat perkara penting yang perlu dilakukan untuk pemulihan selepas bersalin dengan betul. Wanita perlu memberi perhatian kepada proses pemulihan tisu dalam tubuh untuk memastikan kesihatan yang optimal. BIRTH SAFE "Pertama, proses bersalin yang lancar dengan pastikan proses kelahiran tidak terlalu menekan atau sukar. "Kedua, memberi tubuh bahan yang diperlukan untuk pemulihan iaitu pemakanan yang tepat adalah penting untuk mempercepatkan penyembuhan," katanya. Ketiga, katanya, adalah elakkan mengangkat beban berat kerana mengangkat barang berat selepas bersalin boleh memberi kesan negatif kepada tubuh. "Keempat beristirahat dengan cukup kerana ini adalah langkah paling penting dalam pemulihan selepas bersalin. "Selain berehat, wanita juga perlu memberi perhatian kepada proses pemulihan tisu dalam tubuh mereka untuk memastikan kesihatan yang optimal," katanya.