suria

Hilangkan biji kolestrol dengan bancuhan 3 bahan, perlu rajin sapu sebelum tidur

Biji kolestrol akan tumbuh di bahagian bawah mata.

KEBANYAKAN individu dewasa mempunyai bintik kecil yang tidak akan mengecut sendiri atau hilang dari wajah terutama di bahagian bawah mata.

Apabila dipicit, ia tidak mengeluarkan apa-apa cecair seperti jerawat sebaliknya meninggalkan kesan luka pada bahagian tersebut.

Untuk pengetahuan anda, bintik-bintik kecil tersebut adalah biji kolestrol atau dipanggil 'milia seed'.

Kebiasaannya ia berwarna putih kekuningan, tidak menyakitkan atau menyebabkan rasa gatal.

Jika anda rasa terganggu dan ingin menghilangkannya, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan Cha Herb Store di laman TikTok ini.

Campuran tiga bahan ini mampu menghilangkan biji kolestrol.

Campuran tiga bahan dikatakan membantu menghilangkan biji kolestrol.

1. Tumbuk seulas bawang putih sehingga hancur dan lumat.

2. Kemudian campurkan dengan satu sudu besar gel lidah buaya.

3. Sebatikan kedua-dua bahan tadi dan campurkan bersama satu sudu kecil cuka masakan.

4. Gaulkan sehingga sebati dan siap!

5. Sapukan pada bahagian wajah yang mempunyai biji kolestrol. Sebaiknya lakukan pada waktu malam hari sebelum tidur dan bilas pada keesokannya.

6. Biji kolestrol akan kering dan kecut secara semula jadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain