suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada sebab ramai bantah halalkan ganja, bimbang tak dapat fokus waktu memandu... Boleh melayang nyawa orang!

Memandu di bawah pengaruh ganja boleh membahayakan nyawa orang lain.

PENGGUNAAN marijuana atau lebih dikenali sebagai ganja dalam perubatan masih menjadi isu yang didebatkan di negara ini.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan ialah kemungkinan bahan berkenaan digunakan tanpa kawalan untuk tujuan sia-sia.

Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini berkongsi mengenai risiko pengambilan ganja daripada sudut keselamatan jalan raya.

Jelas PHM, penggunaan ganja boleh menjejaskan kemahiran penting yang diperlukan untuk pemanduan selamat, antaranya:

1. Memesongkan persepsi

2. Menjejaskan koordinasi

3. Memperlahankan masa reaksi anda dan keupayaan untuk membuat keputusan

Penggunaan ganja untuk tujuan perubatan masih menjadi perbincangan di negara ini.

Seperti kejadian baru-baru ini, tiga pejalan kaki maut, manakala tiga lagi parah apabila mereka dirempuh sebuah kereta.

Kejadian pada 1 Syawal itu berlaku ketika enam warga Pakistan itu berjalan kaki ke Masjid Jamek Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan, Perak.

Pemandu mengaku mengambil dadah.

Susulan apa yang berlaku, PHM memberi peringatan betapa pentingnya untuk kita memandu dalam keadaan baik dan stabil.

Katanya, memandu merupakan tugas yang kompleks kerana memerlukan perhatian penuh supaya anda kekal selamat dan sentiasa berwaspada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain