suria

Tak salah balik kampung, bercuti... Jangan memandu jika emosi tidak stabil, ini 6 tip elak provokasi

Tangkap layar video kereta yang dirempuh sehingga terbabit dalam kemalangan.

RAMAI warga kota sudah memulakan perjalanan pulang dari kampung halaman masing-masing setelah menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan saudara-mara.

Lebuh raya juga mulai sibuk dengan mereka yang baru hendak pulang ke kampung untuk beraya kerana sebelum ini perlu bertugas pada 1 Syawal.

Namun, banyak perkara yang perlu kita elakkan ketika dalam perjalanan seperti mencetuskan provokasi dan membangkitkan kemarahan pengguna jalan raya lain.

Apatah lagi sekiranya kesalahan jalan raya itu boleh menyebabkan kemalangan sehingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), terdapat enam perkara perlu dilakukan sebagai cara mengatasi bagi mengelakkan berlakunya provokasi di jalan raya.

1. Kekal tenang

2. Jarakkan kenderaan

3. Ikut kiri jika tidak memotong

4. Abaikan provokasi daripada kenderaan lain

5. Elakkan eye contact (bertentangan mata dengan pemandu lain)

6. Buat laporan di aplikasi MyJPJ (apabila sudah berada dalam situasi selamat)

Elakkan mencetuskan sebarang provokasi di jalan raya.

Sebagaimana peringatan dikongsikan PHM itu, toleransi membawa manfaat kepada semua yang ingin pulang berhari raya atau pulang ke kampung.

Dalam pada itu, PHM turut menitipkan pesanan agar semua orang perlu menggunakan jalan raya secara berhemah dengan tidak melakukan perlumbaan kereta.

Terdahulu, kecoh insiden pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Waja mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pada Ahad lalu.

Nahas berlaku sebaik kereta tersebut dihimpit sebuah Honda City. Tular video kejadian berdurasi satu minit dan 41 saat, yang dirakam menerusi papan pemuka (dashboard).

Rakaman video menunjukkan kejadian bermula apabila Proton Waja itu dipercayai menukar lorong dari kiri ke sebelah kanan.

Honda City yang dipandu dari arah belakang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan itu kemudian mengekori rapat sebelum berlaku insiden himpit-menghimpit antara dua kenderaan.

Akibat tindakan itu, Proton Waja hilang kawalan sebelum terbabas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain