suria

Jangan suka tahan bersin... gegendang telinga rosak antara kesan tabiat itu

Menahan bersin boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang.

BERSIN merupakan salah satu perkara semula jadi yang biasa berlaku pada manusia sebagai cara tubuh untuk mengeluarkan bakteria, debu dan kotoran lain daripada hidung dan tekak.

Ketika seseorang itu bersin, semburan yang keluar biasanya sangat kuat malah mengeluarkan bunyi yang kuat dan biasanya akan berlaku beberapa kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya kurang tidur, asap rokok antara punca masalah mata panda!

Bagaimanapun ketika hendak bersin terutamanya di tempat awam, ramai yang cuba menahan kerana bimbang akan menyebabkan orang di sekeliling tidak selesa.

Apatah lagi ketika pandemik, ramai lebih berhati-hati untuk bersin kerana bimbang cecair yang keluar ketika bersin akan menyebabkan jangkitan kepada orang lain.

Menurut kajian dilakukan American Journal of Rhinology & Allergy, menahan bersin memberi tekanan sebanyak 20 kali lebih besar berbanding melepaskannya.

Perkara ini boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan seseorang termasuklah;

1699296236

1. Sakit dada

Menahan bersin boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada kerana ia menekan bahagian diafragma dan otot di dada yang membantu seseorang bernafas.

Tidak hanya itu, ketika seseorang menahan bersin, ia juga akan memberi tekanan kepada tulang rusuk.

2. Gegendang telinga rosak

Meskipun jarang berlaku, tetapi tabiat itu boleh memberi kesan kepada gegendang telinga memandangkan hidung dan telinga terhubung melalui saluran eustaschius.

Ketika menahan bersin, ada kemungkinan terjadi peningkatan tekanan di hidung yang kemudian mengalir ke telinga melalui saluran tersebut yang boleh menyebabkan trauma kepada telinga anda.

adab-dalam-bersin

3. Jangkitan telinga

Ketika seseorang mengalami demam, bersin boleh menyebabkan virus atau bakteria yang ditahan keluar akan mengalir ke bahagian telinga melalui saluran eustachius dan menyebabkan jangkitan telinga.

4. Masalah pembuluh darah

Bersin boleh mengeluarkan banyak tekanan dan ketika berusaha menahan bersin, perkara ini boleh menyebabkan masalah pembuluh darah pada bahagian mata, hidung dan gegendang telinga.

5. Masalah lain

Pada 2015, sebuah laporan menunjukkan tabiat menahan bersin boleh menyebabkan keretakan tulang di bahagian tekak namun keadaan ini jarang sekali terjadi.

Atas sebab itu, jangan sesekali cuba menahan bersin dan lepaskan agar tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain