suria

Ramai konsum ketika diet, pengambilan biji chia berlebihan boleh sebabkan 5 masalah kesihatan

Biji chia merupakan sumber nutrien yang baik namun terdapat kesan sampingan membahayakan kesihatan seseorang.

BIJI chia semakin menjadi pilihan sebagai salah satu sumber makanan ketika berdiet seperti dicampurkan dalam smoothie, puding, salad dan minuman.

Pakar pemakanan, Erica Zellner memberitahu, biji chia merupakan sumber nutrien yang baik kerana ia mengandungi serat, protein, kalsium, magnesium, fosforus dan omega 3 yang dapat membantu melawan kerosakan sel badan manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Senamrobik, vitamin D antara 5 cara detoks paru-paru... perokok patut cuba!

Bagaimanapun, pengambilan biji chia yang disarankan sebenarnya hanya dua sudu sehari dan sekiranya berlebihan ia boleh mengundang kesan sampingan serta membahayakan kesihatan.

Terdapat beberapa kesan sampingan apabila seseorang mengambil biji chia dalam kandungan berlebihan, termasuklah;

1. SAKIT PERUT

1. Sakit perut

Biji chia dikatakan baik untuk sistem penghadaman kerana mengandungi serat yang banyak. Tetapi, apabila bijirin ini dikomsum terlalu banyak, ia boleh mendatangkan masalah sakit perut.

"Pengambilan biji chia yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa gejala sampingan seperti kembung perut, sakit perut, cirit-birit, sembelit atau masuk angin," kata Zellner.

2. Tekanan darah rendah

Selain itu, biji chia mengandungi omega-3 yang boleh mengurangkan risiko kanser atau masalah tertentu pada jantung.

Tetapi bagi mereka yang mengambil ubat cair darah, omega-3 yang berlebihan boleh menyebabkan pengurangan jumlah darah sehingga mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.

3. KESAN GULA DALAM DARAH

3. Peningkatan gula dalam darah

Serat dalam biji chia juga boleh melambatkan pencernaan makanan dan penyerapan makronutrien termasuk gula iaitu glukosa dalam badan.

Meskipun ia mempunyai banyak manfaat namun bagi individu dengan penyakit diabetes mereka perlu berhati-hati dan merujuk kepada doktor kerana ia boleh menyebabkan peningkatan dan penurunan gula dalam darah yang drastik.

LEAD IMAGE CHIA SEEDS

4. Mencetuskan alahan

Perlu diketahui, biji chia tergolong dalam kumpulan pudina. Apabila seseorang yang alah kepada pudina, bijian atau biji sawi, ia harus berhati-hati semasa memakan biji chia.

Ini kerana golongan ini boleh mengalami cirit-birit, kegatalan pada bibir atau lidah dan anafilaksis iaitu bengkak pada bawah mata dan kawasan bibir.

5. KESAN PADA KEHAMILAN

5. Kesan pada kehamilan

Kata orang, chia seed sebenarnya selamat untuk golongan ibu yang sedang mengandung selain ia membantu melegakan sembelit.

Akan tetapi, apabila ibu hamil yang sebelum ini tidak biasa mengambil makanan berserat dan konsumsi bijian chia semasa mengandung, ia hanya mendatangkan masalah kerana wanita hamil sentiasa mengalami perubahan hormon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain