Berjalan atau gimnasium?... Mana satu jadi pilihan nak turunkan berat badan - Famili | mStar

Berjalan atau gimnasium?... Mana satu jadi pilihan nak turunkan berat badan

Berjalan atau gimnasium mana pilihan anda?

AKTIVITI berjalan boleh meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhannya dan bukan hanya untuk menurunkan berat badan semata-mata.

Terdapat pelbagai cara aktiviti fizikal dilakukan untuk menurunkan berat badan termasuk berjoging atau senaman di gimnasium namun tahukah anda senaman paling berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat adalah berjalan.

Profesor Shane O’Mara dari bahagian Experimental Brain Research  di Trinity College Dublin menjelaskan manusia perlu banyak berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Obesiti… ketahui cara mengurusnya

Menurut O'Mara, berjalan lebih baik untuk meningkatkan metabolisme berbanding anda pergi ke gimnasium.

Ini kerana, metabolisme merupakan satu proses kimia yang terdapat dalam tubuh badan menjadikan anda hidup dan semua organ berfungsi secara normal.

Setiap orang mempunyai pilihan berbeza untuk melakukan senaman.

Proses  ini memerlukan tenaga dan makin tinggi metabolisme, makin banyak kalori anda dibakar.

Tambahnya, aktiviti berjalan yang dilakukan secara kerap dengan tahap yang rendah lebih baik untuk metabolisme berbanding dilakukan secara keterlaluan dan hanya sekali sekala.

Beliau juga menjelaskan orang lebih suka meletak 'harapan' tinggi untuk turunkan berat badan ketika pergi ke gimnasium tetapi sepanjang hari seseorang itu tidak melakukan pergerakan aktif.

O'Mara berkata, perlakuan itu akan membawa kepada exercise induced inactivity.

Katanya lagi, badan manusia dibina 'secara tetap dengan irama pergerakan'.

"Jadi jika duduk sepanjang hari dan selepas itu pergi ke sesi gimnasium dan kemudian duduk bukanlah cara manusia berkembang," katanya.

Berjalan , Gimnasium , Berat Badan , Metabolisme

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain