suria

Kerap gosok gigi dapat kurangkan risiko serangan strok

Gosok gigi anda setiap hari bagi mengelakkan masalah gusi.

KEBERSIHAN gigi merupakan salah satu perkara paling penting dalam kehidupan seharian.

Setiap orang mengambil langkah berbeza untuk membersihkan gigi; ada yang menggosok dua kali sehari malah ada juga sehingga tiga kali sehari.

Penjagaan gigi amat penting kerana ia boleh mencegah kerosakan gigi dan masalah gusi.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau terkena jangkitan penyakit? Cegah pelbagai virus dengan 5 makanan ini

Hakikatnya masalah gusi dapat dielakkan sekiranya anda rajin menggosok gigi kerana bagi mereka yang mengalami situasi ini, risiko untuk mendapatkan strok lebih tinggi.

Kumpulan saintis telah melakukan kajian mengenai masalah gusi dan memberi amaran bahawa ia boleh memberi kesan lain kepada kesihatan.

Elak masalah gusi dengan menggosok gigi setiap hari.

Kajian mendapati bahawa mereka yang berdepan dengan masalah gusi mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mengalami arteri blok di bahagian otak.

Apabila ianya berlaku, saluran darah tersekat dan akan berlaku darah beku yang mengehadkan peredaran darah sekaligus menyebabkan strok.

Masalah gusi atau juga dikenali periodontal disease adalah jangkitan bakteria dan plak yang terkumpul di celah-celah gigi.

Berdepan dengan gusi berdarah ketika menggosok gigi juga merupakan tanda-tanda awal masalah ini.

Menurut National Institute of Dental and Craniofacial Research mendapati 12 dewasa berusia antara 20 hingga 64 tahun mengalami masalah ini di Amerika Syarikat.

Masalah gusi dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan lain termasuk darah tinggi dan penyakit jantung. Namun hubungan kedua-dua penyakit ini masih di peringkat kajian.

Masalah Gusi, Gosok Gigi, Strok

Artikel Lain