suria

Senyum bukan sahaja kerana bayi anda gembira... Ketahui 5 petanda lain

Bayi biasanya mempunyai cara tersendiri untuk memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan gembira.

KEBIASAANNYA apabila bayi menangis secara automatik kita menganggap anak itu dalam keadaan tidak selesa atau meragam kerana lapar.

Tetapi bagaimana pula ingin mengetahui sama ada bayi anda dalam keadaan gembira atau sebaliknya?

ARTIKEL BERKAITAN: “Mohon tanggalkan segera” - Doktor sedih, seminggu sekali pasti jumpa bayi Melayu diikat benang hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Jika terjadi 5 masalah ini, kandungan anda mungkin dalam bahaya

Bayi yang tidur nyenyak dan tersenyum antara tanda anak anda dalam keadaan bahagia tetapi sebenarnya ada beberapa signal lain yang menunjukkan perasaan positif mereka.

1. Bayi baru lahir

Melihat wajah dan mendengar suara ibu buat pertama kali sebenarnya dapat menenangkan si bayi. Pun begitu, janganlah berharap anak anda akan memandang anda dengan mata bersinar-sinar atau mengucapkan hi!

Biasanya, bayi yang baru dilahirkan akan menyatakan rasa gembiranya dapat bertemu dengan ibunya dengan memberi pandangan kosong atau menangis.

"Saat bayi baru dilahirkan, kemampuan mereka untuk menunjukkan reaksi atau emosi sangat minimum dan biasanya bayi hanya akan memberi pandangan damai atau kosong kepada anda selain tersenyum atau menangis.

"Ia sebenarnya adalah mesej bahawa dia gembira akhirnya dapat bertemu anda selepas sembilan bulan," kata pakar kanak-kanak, Dr. Linda Credolo.

2. Usia 0 - 3 bulan

Dalam tempoh tiga bulan pertama ini, jika bayi tidak cuba melengkungkan dirinya ketika anda memangkunya itu adalah petanda dia berasa selesa dan berada dalam mood yang baik.

Pada tahap ini, sumber kebahagiaan bayi apabila semua kehendaknya dipenuhi oleh ibu bapanya termasuk apabila dia menangis, diberi susu atau pun menggantikan lampinnya.

3. Usia 1- 3 bulan

Ketika di awal usia seorang bayi, mereka hanya mampu menunjukkan respons dan kegembiraan seperti dapat membuang angin serta tersenyum ketika tidur.

Namun apabila usia mereka masuk empat hingga ke 10 minggu, secara semula jadi bayi akan tersenyum secara spontan sebagai reaksi kepada perkara dilakukan ibu bapa kepadanya.

4. Usia 3 - 6 bulan

Apabila anda cuba menggeletek kaki atau menggesel hidunya, bayi yang gembira biasanya akan ketawa dan ia petanda baik bahawa anak anda membesar dalam suasana positif.

5.  Usia 4 - 7 bulan

Dalam tempoh ini, bayi anda akan mula bergerak aktif selain mula menangkap suara yang didengari di sekitarnya.

Reaksi mereka juga sangat baik terhadap nada tinggi dan bunyi selain akan menunjukkan minat terhadap pelbagai perkara di sekitarnya.

Bayi, Gembira, Ibu bapa

Artikel Berkaitan

Artikel Lain