Usah malu dilabel tidak waras, segera dapatkan rawatan! Ketahui 10 tanda alami sakit mental - Famili | mStar

Usah malu dilabel tidak waras, segera dapatkan rawatan! Ketahui 10 tanda alami sakit mental

Karakter Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix sebagai ‘stand up comedian’ bernama Arthur Fleck nyata membuka mata penonton mengenai betapa bahayanya masalah mental sehingga mampu mendorong seseorang menjadi pembunuh psiko.

KETIKA ini, rata-rata membicarakan perihal filem Joker yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Oktober lalu.

Mengangkat tema kesihatan mental, karakter utama Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix sebagai stand up comedian bernama Arthur Fleck nyata membuka mata penonton mengenai betapa bahayanya masalah mental sehingga mampu mendorong seseorang menjadi pembunuh psiko.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh kesihatan mental! Ini 5 senaman wajib cuba untuk atasi kemurungan 

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa penting ibu bapa ajar pendidikan seks kepada anak? 

Kemunculan filem itu sangat bersesuaian ketika sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada tanggal 10 Oktober setiap tahun, malah kerajaan juga mengisytiharkan Oktober sebagai bulan kesedaran isu kesejahteraan mental.

Bercakap mengenai kesihatan mental, adalah amat membimbangkan apabila semakin banyak kes gangguan mental dilaporkan di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya diagnosis awal dan rawatan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Wanita yang sibuk bekerja di pejabat dan dalam masa yang sama sibuk menguruskan keluarga cenderung untuk menghidapi kemurungan.

Memetik kenyataan Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Micheal Ang Jin Kiat, masalah mental boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira usia, warna kulit, bangsa serta tahap pendidikan, dan ia memerlukan rawatan sebagaimana penyakit lain.

Jelas Dr Micheal, penyakit mental terdiri daripada pelbagai jenis seperti skizofrenia, kemurungan dan bipolar.

Skizofrenia - Berlaku apabila individu berhadapan masalah halusinasi. Pesakit sering merasakan atau mendengar sesuatu bisikan. Apabila ini berlaku, pesakit tidak boleh menumpukan perhatian atau fokus kepada kerja. Mereka semakin tertekan apabila suara-suara itu jelas kedengaran.

Kemurungan - Lazimnya dihadapi wanita terutama mereka yang sibuk bekerja di pejabat dan menguruskan keluarga di rumah. Kemurungan keterlaluan juga dihidapi wanita selepas bersalin, terutama tidak mendapat sokongan suami.

Bipolar - Dipercayai disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama lalu mencetuskan masalah pada otak. Ia dikaitkan dengan keturunan terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami bipolar. Penyakit ini turut menyebabkan perubahan emosi seperti sedih dan gembira secara tiba-tiba.

Kemurungan keterlaluan juga dihidapi wanita selepas bersalin, terutama tidak mendapat sokongan suami.
 

Berikut pula antara tanda-tanda yang dihidapi seseorang yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental:

1) Menyisihkan dari dari keluarga atau rakan

2) Perubahan pada pola makan dan tidur

3) Berasa resah, gelisah, gemuruh dan tidak selesa

4) Mula mengabaikan kebersihan diri

5) Sering penat dan lesu

6) Menangis secara tiba-tiba tanpa sebab

7) Rasa tertekan dan tidak berguna

8) Kerap sakit kepala

9) Sukar menumpukan perhatian dan membuat keputusan

10) Kerap berbicara atau menulis perihal bunuh diri

Jika anda atau orang terdekat mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ayuh segeralah berjumpa dengan doktor. Usah malu dilabel tidak waras, kerana kesihatan mental adalah kunci kesejahteraan hidup.

mental , kesihatan mental , skizofrenia , bipolar

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain