Anda sering lapar di tengah malam? Mungkin ia petanda alami NES, ketahui fakta mengenai sindrom ini - Famili | mStar

Anda sering lapar di tengah malam? Mungkin ia petanda alami NES, ketahui fakta mengenai sindrom ini

Obesiti antara kesan akibat amalan makan di tengah malam, juga kerana kesukaran untuk tidur.

SELERA yang keterlaluan pada satu-satu masa dan sindrom makan tengah malam boleh menyebabkan seseorang itu bingung memikirkannya.

Ada ketikanya di tengah malam tiba-tiba anda berasa lapar walaupun telah menikmati makan malam.

Jadi apa di tunggu lagi, anda terus ke dapur untuk mengisi perut.

Jika situasi ini seperti sesuatu yang biasa berlaku pada diri anda setiap hari atau sekurang-kurangnya dua kali seminggu, bermakna anda mengalami sindrom makan waktu malam atau NES.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu sebagai individu yang mengalami NES kerana ia boleh memberi kesan terutama mengakibatkan obesiti.

Apa itu NES?

Kaedah paling mudah untuk mengetahui lebih mendalam mengenainya adalah dengan menjawab soalan berikut:

*Apakah anda kurang berselera pada waktu pagi?
*Anda lapar antara waktu makan malam dan tidur?
*Apakah anda mengalami masalah insomnia antara empat atau lima malam dalam seminggu?
*Anda percaya makan adalah perlu untuk tidur atau untuk kembali lena dengan nyenyak?
*Apakah mood anda sering muram pada sebelah petang?


Anda mungkin mengalami NES jika memberi jawapan YA bagi sekurang-kurangnya tiga soalan berkenaan.

Perlu diingat, NES berbeza jika dibandingkan dengan masalah nafsu makan yang tidak teratur atau BED di mana ia menyebabkan seseorang itu makan terlalu banyak pada satu-satu masa, manakala NES pula, individu berkenaan akan makan dalam jumlah sedikit sepanjang malam.

Punca alami sindrom ini?

Dukacita dimaklumkan, sehingga kini doktor masih belum menemui jawapan konklusif mengenainya.

         Masalah tidur antara faktor yang menyebabkan seseorang itu akan terus ke dapur untuk mengisi perut di tengah malam.

Ia mungkin ada kaitan dengan isu sukar tidur di waktu malam atau mungkin juga kerana faktor hormon. Apabila berlaku ketidakseimbangan, badan kita mahukan gula dan beberapa makanan ringan atau jajan.

Bagaimanapun daripada segi psikologi pula, NES berkait rapat dengan faktor stres, kebimbangan, kemurungan.

Kajian menunjukkan seseorang itu lebih mudah mengalami NES jika anda berdepan masalah kegemukan atau nafsu makan tidak menentu.

Kesan kepada badan?

Penjelasan mudah adalah pemakanan di waktu malam boleh mengganggu kitaran biologi. Jika anda makan ketika waktu normal seperti sarapan, tengahari dan malam sudah tentu juadah yang dijamah akan diproses secara semulajadi.

Lemak, lipid dan kolesterol dalam darah akan diserap oleh paru-paru, otot dan tisu lain dalam tubuh. Bagaimanapun, jika anda biasakan dengan makan waktu malam, lemak tidak akan mudah hilang sebaliknya ia akan ada dalam darah untuk jangkamasa lama.

Fungsi kadar metabolisme selalunya perlahan pada waktu malam dan ia boleh memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, paru-paru dan organ lain.

 Biasakan meminum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk memastikan badan tidak alami dehidrasi.

Bolehkah anda menghentikannya?

Ya, sudah tentu boleh. Caranya dengan merancang pemakanan anda dengan diet seimbang sepanjang hari selain memastikan badan anda tidak mengalami masalah dehidrasi.

Selain itu, jika anda terjaga di waktu malam, daripada terus ke dapur lebih elok lakukan aktiviti lain yang boleh memberi manfaat. Apa yang penting adalah mengawal nafsu makan anda supaya badan anda kekal sihat. -indiaexpress.com

























NES , BED , lemak , lapar

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain