suria

Hidu vanila boleh bantut pengambilan sesuatu yang manis, ini 5 perkara asas untuk hidup bebas gula

Makan gula terlalu banyak boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan. - Gambar hiasan

TIDAK dinafikan pengambilan gula dalam kehidupan seharian sukar dielak, lebih-lebih lagi bagi mereka yang amat menyukai manisan.

Pada masa sama, kita semua sedia maklum bahawa pengambilan gula secara berlebihan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Menurut panduan yang dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (UK), kadar pengambilan gula tambahan sehari yang dibolehkan adalah sebanyak 40 gram.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghidap diabetes boleh undang bahaya jika berpuasa tanpa ikut peraturan

Berlainan pula dengan Organisasi Kesihatan Dunia yang mencadangkan hanya 25 gram gula sesuai diambil oleh setiap individu dewasa.

Bagaimanapun, tiada kajian klinikal yang menyatakan nilai sebenar pengambilan gula yang dibenarkan.

Gula semula jadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih baik daripada gula tambahan. - Better Health Channel

Yang pasti mengambil lebih gula semula jadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan lebih berkesan.

Selain itu, kebanyakan pelan nutrisi lain yang bebas gula memerlukan anda menjauhi makanan dan minuman manis selama lapan minggu.

Bagi anda yang benar-benar ingin berhenti mengambil gula, ini lima perkara penting yang perlu anda tahu.

1. Bersihkan stok manisan

Bersihkan peti sejuk dan kabinet dapur daripada sebarang manisan dan kemudian tumpukan kepada persediaan makanan anda.

2. Vanila


Vanila membantu membantutkan keinginan terhadap gula. - Attainable Sustainable

Beberapa orang dilaporkan bertindak menghidu vanila bagi membantut mengurangkan keinginan terhadap gula.

3. Elak kejutan gula dalam darah

Jika anda mengalami masalah paras gula dalam darah, anda mungkin teringin makan gula mudah untuk mendapatkan tenaga dengan pantas.

"Bagi mengelak ini daripada berlaku, masukkan bijirin tinggi fiber seperti roti dan pasta bijirin, quinoa dan oat dalam diet anda kerana ia melepaskan tenaga secara perlahan-lahan," kata pakar pemakanan Nutracheck, Emma Brown.

3. Jauhi minuman diet

Jangan terpedaya dengan anggapan bahawa minuman diet sebagai satu pilihan yang sihat.

Beberapa kajian mengesahkan minuman diet sebenarnya meningkatkkan keinginan terhadap gula.

5. Makan sebelum lapar

Cuba biasakan diri untuk makan selang tiga jam kerana anda lebih cenderung untuk tidak mengambil gula dan semangat tidak akan luntur disebabkan oleh rasa lapar. - Women Health Mag

gula

Artikel Lain