Bapa lakukan terjunan udara umum jantina bayi, terkejut bakal timang anak perempuan - Famili | mStar

Bapa lakukan terjunan udara umum jantina bayi, terkejut bakal timang anak perempuan

Tangkapan skrin video Goodwin ketika ingin terjun keluar daripada pesawat. - Inside Edition/Skidive Coastal Carolinas

TERIKAT kepada pengajar 'tandem', Timothy Goodwin melompat keluar dari pesawat untuk mendedahkan jantina bayinya.

"Semua kawan kami bertanya kenapa melakukan sedemikian. Jawabnya, jika saya mahu mengumumkannya, saya akan lakukannya dengan betul?" kata Goodwin kepada InsideEdition.com

Pada mulanya, tunang Goodwin, Angela Hewett tidak setuju dengan aksi tersebut.

"Dia tidak gembira dengan keputusan ini dan tentunya dia memerlukan saya kerana sedang hamil. Dia sangat gementar.

"Kami pergi ke sana (Skydive Coastal Carolinas) dan mereka menunjukkan kepada kami semua prosedur keselamatan dan membuatkan kami berasa yakin dengan keputusan ini," kata Goodwin.

Video terjunan Goodwin ketika ingin mengumumkan jantina bayinya.

Terjunan itu merupakan pengalaman kali pertama Goodwin dan ketika itu dia sendiri tidak mengetahui jantina anaknya.

Skydive Coastal Carolinas menerima sonogram yang mendedahkan jantina anak pasangan itu dan memilih warna berdasarkan keputusan tersebut.

Goodwin mendarat dalam kepulan asap berwarna merah jambu dan ketika itu terkejut mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

"Saya tidak memilih jantina anak, saya gembira untuk menimang anak perempuan yang sihat dan saya rasa dia bayi yang hebat," ujarnya.

Goodwin memiliki dua anak lain dan mengakui tidak pernah melakukan sambutan untuk mendedahkan jantina anak terdahulu.

Ketika ditanya tentang apakah pula kejutan yang akan dilakukan sekiranya hamil lagi pada masa akan datang, Goodwin berkata: "Saya tidak tahu. Kami akan fikirkannya dan melakukan sesuatu yang hebat daripada ini." - Inside Edition

jantina bayi , terjunan udara

Artikel Lain