Waktu tidur tidak pernah cukup selepas dapat baby? Ikuti 4 langkah ini untuk tidur lebih lama - Famili | mStar

Waktu tidur tidak pernah cukup selepas dapat baby? Ikuti 4 langkah ini untuk tidur lebih lama

Meghan Markle dan Putera Harry memangku cahaya mata sulung mereka. - Gambar hiasan/Agensi

TAHNIAH jika anda baru menyambut kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan dalam keluarga.

Kehadiran si comel pasti menceriakan lagi hubungan suami isteri yang sentiasa diwarnai dengan keletah-keletahnya yang manja dan mencuit hati.

Tetapi, harus diakui bahawa masa tidur si ibu dan bapa pasti tidak lagi teratur seperti sebelum ini.

Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tidur ini? Ketahui empat kaedah yang harus dicuba untuk mendapatkan waktu tidur lebih lama.

Gunakan katil bayi yang boleh diletak bersebelahan dengan katil anda. - Babybay

1. Jangan berjauhan dengan bayi

Bagi tempoh enam bulan pertama usia bayi, anda dinasihatkan agar menyediakan ruang tidur bayi di dalam bilik anda.

Gunakan katil bayi yang ada jaring dan diletakkan bersebelahan katil anda supaya si manja dapat melihat anda.

Ini akan memudahkan anda untuk menyusukan bayi tanpa perlu meninggalkan tempat tidur.

Labuhkan tirai lebih awal untuk menandakan waktu sudah malam. - 3 Blind Mice Window Coverings

2. Rutin tidur lebih awal

Tidak cukup tidur boleh membuatkan seseorang itu terganggu dan mudah marah.

Perkenalkan rutin masa tidur terhadap bayi anda di awal peringkat usianya untuk membantu si manja membezakan antara siang dan malam.

Gunakan tirai yang boleh menggelapkan bilik tidur bayi dan pada masa sama pastikan cahaya di dalam kediaman sentiasa malap.

Pisang boleh membantu anda tidur lebih relaks. - Consumer Reports

3. Kudap-kudapan tengah malam

Ibu yang makan kudap-kudapan apabila terjaga pada tengah malam dapat membantu si ibu tidur dengan lebih berkesan.

Ambil makanan yang mengandungi serotonin, trytophan dan melatonin seperti pisang, almond dan buah ceri untuk mendapatkan pengalaman tidur yang lebih relaks.

Mandi air panas elok dijadikan sebagai rutin sebelum waktu tidur. - Shape Magazine

4. Manjakan diri

Selepas bergelar ibu bapa, tiada lagi masa tidur yang mencukupi untuk anda selagi si manja masih kecil.

Apa yang anda boleh lakukan adalah menumpukan perhatian terhadap penjagaan diri, mengamalkan rutin tidur yang santai seperti mandi air panas, mendengar muzik yang menenangkan dan membaca buku.

Selain itu, dapatkan sokongan daripada mereka yang boleh membantu anda mengurangkan tekanan terhadap rutin harian sebagai ibu bapa. - Female First

bayi , tidur , rehat

Artikel Lain