suria

Nak cepat ‘sado’? Tidur lebih nyenyak? Ini 7 khasiat pisang yang anda harus tahu

Pisang mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan seseorang. - Gambar hiasan/Pixabay

APA kata anda jika kami beritahu ada sejenis buah 'sakti' yang boleh membantu anda menurunkan berat badan, mengurangkan rasa kembung, melawan kanser dan meningkatkan tenaga?

Portal Eat This, Not That! ketika memetik pandangan pakar pemakanan mendedahkan bahawa terdapat banyak khasiat kesihatan dalam pisang.

Semakin masak (ranum) pisang itu, semakin banyak nutrien yang terdapat di dalamnya.

Berikut adalah tujuh perubahan yang akan berlaku ke atas diri anda jika menjadikan pisang sebagai sebahagian snack harian:

Pisang dapat membantu meningkatkan jisim otot. - Gambar hiasan/ Instagram @zul_ariffin

1. Otot lebih tegap dan kurus

Jika selepas melakukan senaman dan anda merasa seperti otot sakit atau tidak berkembang dengan cepat, anda mungkin tidak mendapat cukup magnesium yang mencukupi dalam diet anda.

Pisang merupakan sumber magnesium yang baik kerana ia boleh membantu penguncupan dan kelonggaran otot serta melakukan proses sintesis protein yang seterusnya meningkatkan jisim otot.

2. Cepat sembuh

Kita semua tahu bahawa pisang adalah sumber utama kalium.

Ini kerana pisang merupakan sejenis elektrolit dan kalium membantu otot anda pulih daripada senaman, menguatkan pembangunan otot dan membolehkan anda bersenam lebih lama.

Makan pisang buat anda lebih bahagia! - Gambar hiasan/Instagram @aeril_zafrel

3. Lebih bahagia

Bentuk pisang bukan sahaja kelihatan seperti senyuman, tetapi buah ini juga mengandungi vitamin B9 iaitu nutrien yang boleh melawan kemurungan dengan meningkatkan substrat yang mempunyai sifat antidepresan.

Substrat adalah bahan makanan atau sokongan kepada tumbuhan atau haiwan yang kurang bergerak.

Dengan kata lain, pisang membantu serotonin, memasuki otak lebih cepat.

Satu kajian dalam Jurnal Psikiatri India menegaskan bahawa pesakit dengan kemurungan mempunyai tahap folat darah sekitar 25 peratus lebih rendah daripada paras individu yang sihat.

Sesetengah doktor mengesyorkan peningkatan pengambilan folat (jika anda mengambil antidepresan) untuk meningkatkan kesannya.

4. Kurang tekanan dan kerisauan

Selain vitamin B9 dapat meningkatkan mood anda, pisang juga mempunyai tryptophan iaitu sejenis pelopor untuk serotonin.

Serotonin mungkin adalah bahan kimia dalam otak yang paling penting kerana ia merupakan anti-depresan semula jadi dan boleh merawat kebimbangan dan insomnia.

Selain itu, ia juga membantu memulihkan mood seperti keletihan, kerengsaan, pergolakan, amarah, dan sifat agresif.

Kandungan tryptophan dalam pisang dapat bantu anda tidur. - Gambar hiasan/AFP

5. Tidur lebih berkualiti

Tryptophan dalam pisang membantu tubuh untuk relaks dan melaraskan tidur seseorang. Makan sahaja sebiji pisang sebelum tidur!

6. Kadar gula dalam darah semakin stabil

Pisang memperlahankan kadar serapan gula ke dalam aliran darah.

Ia merupakan strategi paling berkesan untuk mengekalkan paras gula dalam darah menjadi stabil.

Ini bermakna paras tenaga dan penurunan berat dapat berlaku secara konsisten.

7. Mudah kenyang

Pisang kaya dengan kanji penahan yang menentang proses pencernaan.

Buah ini memberi makan bakteria yang sihat dan membantutkan selera selain menjadikan proses pengoksidaan lemak berlaku lebih cekap.

pisang

Artikel Lain