MAKIN ramai dilihat terpengaruh dengan trend intimate piercing atau tindik di bahagian kemaluan yang didakwa dilakukan atas alasan kepuasan peribadi atau sekadar mengikut gaya semasa.Seorang individu menzahirkan kebimbangan kerana di sebalik trend itu timbul persoalan besar tentang hukumnya dari sudut fiqh Islam. "Dalam Mazhab Syafi’i, hukum asal bertindik bagi wanita hanya diharuskan pada bahagian cuping telinga sebagai perhiasan yang dibenarkan syarak. "Manakala perbuatan bertindik di bahagian lain khususnya di kawasan kemaluan adalah dilarang (haram)," kongsinya di Threads.Larangan tersebut dikaitkan dengan beberapa faktor utama termasuk pendedahan aurat mughallazah (aurat berat) kepada pihak bukan mahram tanpa keperluan darurat.Selain, dianggap mengubah fitrah kejadian tubuh manusia serta berisiko mendatangkan kecederaan dan jangkitan pada anggota sensitif.Sehubungan itu, masyarakat diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan trend kosmetik moden yang boleh menyalahi batas syariat.Lumrah setiap wanita mahu sentiasa kelihatan cantik. -Gambar hiasan AIMenyerupai golongan fasikDalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Sembilan turut mengeluarkan penjelasan berkaitan hukum bertindik bagi wanita.Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, hukum bertindik telinga bagi wanita adalah harus kerana ia termasuk dalam kategori perhiasan, namun ia tetap perlu dibatasi dan tidak boleh diperlihatkan kepada bukan mahram.Bagaimanapun, bertindik pada anggota selain cuping telinga seperti perut, pusat atau lidah adalah dilarang kerana ia menyerupai perbuatan golongan fasik serta boleh memudaratkan kesihatan.Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-80 juga menegaskan bahawa umat Islam ditegah daripada berhias secara berlebihan atau aneh termasuk bertindik pada anggota badan selain yang dibenarkan.Muzakarah itu turut memutuskan bahawa lelaki dan wanita Islam perlu mengekalkan fitrah semula jadi, wanita dilarang membotakkan kepala kecuali atas sebab perubatan, serta sebarang bentuk perhiasan melampau yang menyimpang daripada norma fitrah adalah dilarang.