suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Hati-hati sertai pertandingan memancing, hadiah boleh jatuh haram kalau hasil daripada yuran peserta

Pertandingan memancing kini menawarkan hadiah hingga jutaan ringgit. -Gambar hiasan AI

RAMAI kaki pancing sanggup menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan dengan harapan dapat membawa pulang kemenangan.

Bagaimanapun, pendakwah bebas, Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menyertai mana-mana pertandingan kerana hukum penyertaannya bergantung kepada sumber hadiah ditawarkan.

Menurut beliau, pertandingan memancing dibenarkan disertai sekiranya yuran penyertaan digunakan bagi menampung kos penganjuran seperti sewaan kolam, penyediaan makanan dan minuman serta urusan pengendalian program.

Namun katanya, keadaan berbeza jika wang penyertaan peserta digunakan untuk menyediakan hadiah kemenangan.

"Kalau ada penganjuran pertandingan memancing, boleh sertai tetapi ada syarat. Kalau penganjur menetapkan penyertaan berbayar, kita perlu lihat tujuan bayaran itu.

Menurut Syeikh Ahmad Faisol hukum menyertai pertandingan bergantung kepada sumber hadiah yang ditawarkan.

Menurut Syeikh Ahmad Faisol hukum menyertai pertandingan bergantung kepada sumber hadiah yang ditawarkan.

"Kalau dinyatakan wang penyertaan akan digunakan untuk menyediakan hadiah pertandingan, nasihat saya jangan sertai kerana hukumnya haram," katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].

Beliau menjelaskan, keadaan itu mengandungi unsur pertaruhan atau perjudian kerana hadiah diperoleh daripada wang dikumpulkan daripada semua peserta.

"Yang menang dan yang kalah, kedua-duanya berdosa kerana ada unsur perjudian," jelasnya.

Sebaliknya, Ahmad Faisol berkata, pertandingan memancing diharuskan sekiranya hadiah disediakan sepenuhnya oleh pihak ketiga atau penaja, tanpa menggunakan wang yuran penyertaan peserta.

"Kalau yuran itu hanya digunakan untuk sewa kolam, makan, minum dan urusan penganjuran, manakala hadiah disediakan oleh pihak ketiga serta langsung tidak melibatkan wang penyertaan, maka pertandingan itu boleh disertai," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh situasi individu yang pernah memenangi pertandingan memancing yang menggunakan wang penyertaan peserta sebagai sumber hadiah.

Menurutnya, hadiah tersebut tidak wajar dimanfaatkan untuk kegunaan peribadi kerana hukumnya haram.

"Kalau seseorang pernah menang dalam pertandingan seperti itu, hadiah tersebut jangan digunakan untuk diri sendiri atau tanggungan.

"Sebaliknya, salurkan wang itu bagi kepentingan awam seperti membantu masyarakat Islam atau tujuan kebajikan," katanya.

Artikel Lain