suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan suka-suka larang, ada sebab Islam letak garis panduan isteri ingin ‘me time’

Islam amat mementingkan keselamatan wanita. -Gambar hiasan AI

KEPERLUAN untuk berehat dan menenangkan fikiran semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat hari ini, termasuk konsep me time yang sering dikaitkan dengan penjagaan kesihatan mental dan emosi.

Namun, timbul persoalan apabila seorang wanita yang sudah berkahwin ingin bercuti seorang diri tanpa ditemani suami atau anak-anak. 

Persoalan itu diajukan seorang individu kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor yang meminta pencerahan mengenai hukum isteri bercuti bersendirian atas alasan mahu menenangkan fikiran.

Umat Islam perlu peka terhadap sempadan halal dan haram dalam sesuatu perbuatan. -Gambar hiasan AI

Umat Islam perlu peka terhadap sempadan halal dan haram dalam sesuatu perbuatan. -Gambar hiasan AI

Menurut jawapan yang diberikan, hukum asal wanita bermusafir adalah tidak dibenarkan melainkan ditemani mahram, berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan bahawa Islam menitikberatkan aspek keselamatan wanita, selain menjaga maruah, kehormatan dan mengelakkan sebarang perkara yang boleh mendatangkan mudarat.

"Hadis tersebut menunjukkan Islam melarang wanita keluar bermusafir atau bercuti bersendirian tanpa mahram kerana Islam amat mementingkan keselamatan wanita supaya sentiasa terpelihara, terjaga keaiban serta kehormatan diri mereka.

"Lebih-lebih lagi jika tanpa izin suami," menurut jawapan yang dikongsikan.

Halal haram

Sementara itu, pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menegaskan bahawa sokongan suami terhadap keperluan isteri untuk mendapatkan ruang berehat adalah sesuatu yang baik.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa konsep me time tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengabaikan batasan yang telah ditetapkan dalam agama.

"Bagus suami yang menyokong isteri untuk me time. Tetapi itu bukan bermaksud membiarkan semuanya tanpa sempadan halal dan haram.

"Tugas suami sebagai ketua keluarga adalah memimpin keluarga ke arah reda Allah. Sayangi mereka, jaga akhirat mereka," katanya.

Artikel Lain