Isu ‘filter’ jadi punca rogol, pendakwah tegaskan lelaki, wanita perlu sama-sama jaga pandangan

Kenyataan Fynn Jamal baru-baru ini mengundang pelbagai perdebatan di media sosial.

SEJAK kebelakangan ini, isu rogol kembali menjadi perdebatan ramai di media sosial.

Ia bermula dengan kenyataan yang dikeluarkan penyanyi, Fynn Jamal menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Fynn, perbuatan wanita menggunakan 'filter' dan merakam swafoto merupakan antara punca kepada jenayah rogol.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kaitan guna 'filter' di laman sosial boleh kena rogol? Caprice keliru sehingga berdebat dengan Fynn Jamal

Susulan itu, mStar menerusi siaran langsung mStar Live+ pada Rabu, pendakwah bebas, Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan memberi ulasan mengenai hal itu.

Menurut Dr. Nur Muhammad, Allah sudah memberikan garis panduan dalam al-Quran yang mana ia merupakan tanggungjawab bersama lelaki dan juga wanita dalam menghalang jenayah berkenaan.

"Di dalam al-Quran Allah telah menggariskan dan memberi panduan kepada kita semua. Yang pertama, apa yang disebut dalam surah An-Nur ayat 30, katakanlah kepada orang mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan.

Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan.

"Bila mereka menundukkan pandangan, maka akan terpeliharalah dan terjagalah nasfu atau kemaluan mereka. Kata para alim ulama, disebabakan mata maka akan timbullah nafsu yang tidak sepatutnya," ujarnya.

Bukan sahaja lelaki, ayat ke-31 surah sama turut memberi peringatan kepada kaum hawa agar turut menjaga pandangan dan aurat mereka.

"Apabila pandangan diturunkan, maka akan terpeliharalah nafsu dan kemaluan. Kemudian Allah tegaskan, janganlah kamu menonjolkan, mempromosikan apa yang ada pada kamu melainkan apa yang zahir padanya," jelasnya lagi.

Program mStar Live+ pada setiap Rabu, pukul 3.30 petang.

Selain isu itu, program borak santai secara langsung itu turut membincangkan isu pembukaan lebih banyak sektor di negara ini seperti taman tema, pawagam dan taska.

Malah, penyanyi Ziz Kirana dan Nana Sheme turut tampil menerusi panggilan video bagi membincangkan isu tekanan mental dan buli.

Program itu disiarkan menerusi Facebook mStar Online pada setiap Rabu, pukul 3.30 petang yang mana ia dikendalikan oleh empat hos.

Bagi sesiapa yang terlepas siaran itu, mereka boleh menonton semula di Facebook mStar Online.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain