suria

Asyik guna garam, kunyit saja... Cuba buat perapan ini, rupanya inilah rahsia ikan goreng lebih padu, garing

Terdapat resipi mudah perapan untuk ikan goreng lebih sedap.

IKAN goreng yang bertekstur rangup dan garing memang enak dimakan bersama nasi panas.

Ia merupakan satu sajian paling mudah untuk disediakan kerana hanya digaul menggunakan garam dan kunyit sebelum ikan digoreng.

Sekiranya mahukan ikan goreng lebih sedap malah boleh diratah begitu sahaja, bolehlah cuba tip dikongsikan Ummi Hana di Facebook.

Selain menggunakan kunyit dan garam, ada beberapa bahan perapan lain digunakan sebelum menggoreng ikan.

Bahan-bahan

1. Lima ulas bawang merah

2. Empat ulas bawang putih

3. Dua inci kunyit hidup

4. Lima sudu besar cili kisar

5. Tiga sudu besar garam halus

6. Sedikit belacan (pilihan)

Bahan-bahan ditumbuk sebelum digunakan untuk perapan.

Cara-caranya

1. Tumbuk garam halus bersama belacan dan kunyit hidup sehingga lumat.

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih kemudian tumbuk kasar.

3. Masukkan bahan telah ditumbuk ke dalam satu bekas yang sudah diisi cili kisar.

4. Lumur bahan yang sudah digaul rata pada ikan yang ingin diperap.

5. Selepas diperap sekitar satu jam, ikan tersebut boleh digoreng.

Pelbagai jenis ikan boleh diperap menggunakan bahan perapan sama.

Menu tersebut bukan sahaja senang dibuat, malah terbukti sedap menurut Hana.

Pelbagai jenis ikan digunakan oleh wanita ini menggunakan kaedah dan bahan perapan ini seperti yang dapat dilihat menerusi foto-foto di grup Masakan Terengganu.

Malah, minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan boleh diguna semula untuk goreng sayur atau nasi goreng.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain