suria

Boleh hilang ‘ribut jiwa’, jom santai-santai di Sabak Bernam nikmati makanan kampung... Ini 6 kedai anda wajib singgah!

Ah Ma House menampilkan suasana yang unik untuk pengunjung.

SABAK Bernam merupakan sebuah daerah di Selangor yang terkenal dengan persekitaran semula jadi dan kaya dengan warisan pertanian atau agro pelancongan.

Sambil menikmati panorama hijau di Sabak Bernam, jangan lupa untuk mencuba beberapa restoran serta warung yang menyajikan pelbagai menu menarik di sana.

Berikut enam lokasi pilihan yang boleh anda cuba jika berkunjung ke Sabak Bernam

1. Ah Ma House

Ah Ma House, juga dikenali sebagai 'rumah nenek' iaitu kedai yang terletak di pinggir Sekinchan. Menawarkan suasana unik penuh nostalgia untuk pengunjung.

Ia dipenuhi dengan perabot serta peralatan vintaj dan tradisional yang merupakan artifak sebenar sejak tahun 50-an.

sb4

Kuih kapit merupakan antara kuih popular di Ah Ma House.

Kedai ini menawarkan kuih kapit asli bersama dengan kuih tradisional Malaysia yang lain, biskut dan pencuci mulut

2. Restoran Nam Tai, Sungai Besar

Sabak Bernam menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa untuk dicuba selepas seharian bersiar-siar.

Restoran Nam Tai merupakan kopitiam legenda yang telah beroperasi selama beberapa dekad.

Ia menyajikan sarapan pagi seperti roti goreng, nasi lemak dan banyak lagi.

sb6

Antara menu yang ditawarkan di Restoran Nam Tai.

Dengan estetika kopitiam Malaysia di zaman 50-an, tempat ini perlu dikunjungi!

3. Warung Pisang Goreng Tebuk Pulai, Sungai Besar

Warung ini menyajikan pelbagai kuih tradisional dan snek untuk anda rasai pengalaman budaya tempatan.

Antara makanan terkenal yang dijual termasuk pisang goreng, kuih kemboja, dan hidangan istimewa Jawa, punten nasi sambal bilis.

4. Yu Yu Ice, Pekan Sabak Bernam

Jangan lupa singgah ke Yu Yu Ice untuk menghilangkan dahaga dengan menikmati pilihan ais kisar halus dengan pelbagai perisa!

sb7

Banyak makanan yang boleh anda cuba di Warung Pisang Goreng Tebuk Pulai.

Terletak di Pekan Sabak Bernam, gerai ini beroperasi lebih sedekad dan anda boleh memilih perisa seperti nenas, asam boi, jagung dan kacang merah untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.

5. Villa Chee Sekinchan

Ia merupakan sebuah resort terpencil yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang indah.

Para tetamu juga boleh menggunakan kemudahan resort, seperti kolam renang, jungle gym, dan restoran di lokasi ini iaitu Seafood D'Bendang yang menyajikan makanan laut segar.

sb1

Jangan lupa untuk mencuba ais kisar halus di Yu Yu Ice.

6. Galeri Padi Sekinchan

Lokasi ini memberi peluang untuk anda mempelajari sejarah dan budaya pertanian padi di bandar ini.

Di penghujung lawatan, pengunjung boleh membeli beras dan snek tempatan di kedai mereka.

Paling menarik, para pengunjung juga wajib mencuba cendol beras perang mereka yang menyegarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain