suria

Sedapnya tahi itik! Bunyi pelik boleh ‘potong selera’, tapi rasa kuih Kelantan ini memang padu

Kuih tahi itik popular dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Foto: Facebook Resipi Mudah & Simple/Wan Muhammad Hafis Satar.

SEBUT mengenai Kelantan, kita pasti terbayang akan kepelbagaian makanan dan kuih-muih di negeri itu.

Antara menu popular yang menjadi kegilaan ramai adalah nasi kerabu, kuih akok, kuih butir nangka dan banyak lagi.

Namun bagi 'orang luar', mungkin tak ramai yang tahu mengenai kewujudan kuih tahi itik?

Kedengaran tidak masuk akal, namun kuih itu benar-benar wujud di negeri Kelantan.

Asal-usul

Selain Kelantan, kuih unik ini juga dikenali dalam kalangan masyarakat di Terengganu. Ia boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani.

Pada zaman dahulu, telur merupakan ramuan yang tidak murah. Kuih ini merupakan sebahagian kuih-kuih berasaskan telur untuk hidangan istana, seperti juga emas sejemput dan jala emas.

Nama

Ia digelar sebagai tahi itik kerana rupanya yang berwarna putih dan bertempek-tempak menyerupai tahi itik.

Tahi_Itik1_(2)

Ia disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur.

Kuih tahi itik juga pernah dikenali sebagai kuih hati sukma, namun nama itu semakin dilupakan pada masa ini.

Cara pembuatan

Ia dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Ia biasanya dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.

Ia disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Kemudiannya putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat sebelum dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.

Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain