suria

Sambal belacan udang bakar viral di TikTok... senang nak buat, cuma guna 4 bahan

Video tutorial yang dikongsi wanita itu meraih ratusan ribu tontonan di TikTok.

UDANG boleh dimasak dalam pelbagai cara.

Antara menu popular yang biasa dimakan adalah udang sambal petai, udang masak merah, udang buttermilk dan macam-macam lagi.

Tidak lupa tentunya hidangan cucur udang yang menjadi kegemaran kita sejak zaman-berzaman.

Baru-baru ini, seorang wanita yang menggunakan nama Mifzalchannel berkongsi resipi sambal udang belacan bakar menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih hampir 800,000 tontonan.

Ia bukan sahaja nampak menyelerakan, malah mudah untuk disediakan. Apa tunggu lagi? Jom cuba!

Bahan-bahannya:

Seekor udang sungai

Cili

Belacan

Serbuk penambah perisa

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula bakar udang mengunakan pemanggang di atas dapur gas sehingga ia separuh masak.

2. Tumbuk cili dan belacan sehingga hancur, kemudian masukkan sedikit serbuk penambah perisa.

3. Ambil otak udang dan masukkan ke dalam lesung batu.

4. Kemudian, keluarkan dan leraikan isi udang, masukkan semuanya ke dalam lesung batu.

5. Tumbuk semula isi udang itu bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati.

udang2

Menu yang ringkas tapi cukup menyelerakan.

Mudah bukan? Di ruangan komen video TikTok itu, ramai netizen turut menyatakan rasa tidak sabar untuk mencuba menu tersebut.

Malah, seorang netizen turut memberitahu bahawa resipi sama boleh dibuat menggunakan ikan baung atau ikan keli.

"Teringat arwah opah pernah buat macam ni. Sedapnya.

"Wow, saya tak pernah buat. Lepas ni kena cuba.

"Sambal belacan kayangan ni. Terliur tengok," tulis beberapa netizen lagi.

Untuk rekod, akaun TikTok Mifzalchannel itu turut berkongsi video masakan seperti ikan jenahak masak lemak tempoyak, kari udang sayur lodeh, ayam caramel dan macam-macam lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain