suria

Hello orang Utara! Kafe Ruang di Pendang jadi ‘lubuk’ pelbagai jenis kopi... Dessert pun buat sendiri

Selain minuman berasaskan kopi dan teh, Ruang turut menawarkan seleksi dessert homemade untuk pelanggan.

SEBUT sahaja tentang negeri Kedah, destinasi popular seperti Pulau Langkawi mungkin menjadi perkara pertama yang terlintas di fikiran kita.

Namun sekiranya anda berkunjung ke negeri di utara tanah air itu, apa kata 'panjangkan' langkah untuk menikmati variasi kopi di sebuah kafe dikenali sebagai Ruang yang terletak di Pendang.

ruang8

Dessert homemade yang dihasilkan sendiri oleh Hanis.

Baru sahaja dibuka pada 1 Januari 2022, kafe ini menjadi tarikan dengan seleksi kopi seperti Americano, Latte, Cappucino, Mocha, Caramel Macchiato dan banyak lagi.

Menurut pengusaha Ruang, Farah Hanis Sharizal, 27, kopi Charchoal Hazelnut merupakan minuman paling laris di premis itu kerana rasanya yang unik dan berbeza.

ruang7

Antara minuman yang menjadi kegilaan ramai di kafe itu.

"Setakat hari ini, Charcoal Hazzelnut merupakan kopi paling laris di kedai kami. Walaupun ia berwarna hitam, rasanya tidak pahit. Sebaliknya, ada dapat menikmati rasa kekacang dalam minuman ini.

"Selain minuman berasaskan kopi, kami juga ada menyediakan teh dan air coklat.

"Kafe Ruang juga sering tampil dengan minuman siganture bermusim yang diolah sendiri. Antaranya, Buttercream Latte, Pandan Gula Melaka dan Bunga Telang Lemonade.

ARTIKEL BERKAITAN:Empat restoran timur tengah ini wajib ada dalam ‘list’ makan-makan di KL... Bukan kunafa je, nasi mandy pun padu!

"Antara minuman lain yang turut popular ialah teh Vanilla Chai Latte. Rasanya agak berempah, ada sedikit rasa kayu manis dan bunga cengkih," ujarnya kepada mStar.

Selain minuman, pelanggan Ruang juga boleh bersantai-santai dalam premis itu sambil menikmati menu makanan seperti Korean Chicken Wing, Classic Zinger Buerger, Spaghetti Bolognese dan Baked Cheezy Meatball.

ruang5

Ruang baru sahaja memulakan operasi pada awal tahun ini.

Ruang turut menawarkan pelbagai jenis dessert yang ditukar setiap hari agar pelanggan mereka tidak jemu dan sentiasa teringat-ingat akan keenakan rasanya.

Menurut Hanis yang pernah bekerja sebagai barista Starbuck, dia sendiri akan menghasilkan semua dessert selepas tamat operasi harian kafe berkenaan.

ruang1

Pelanggan berkunjung ke Ruang untuk menikmati kopi serta menu-menu lain.

Selain pembelian di premis, penduduk setempat juga boleh membeli minuman dan makanan dari Ruang menggunakan aplikasi GrabFood dan TapauFood.

Ruang juga turut menyediakan runner sendiri untuk menghantar makanan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang terletak dalam radius 10 kilometer (km).

ruang9

Ruang dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

Ruang dibuka bermula 12.30 tengah hari sehingga 8 malam, setiap Sabtu hingga Khamis dan hanya ditutup pada hari Jumaat.

Kafe Ruang beralamat di No 175 A, Kampung Batu Hampar, 06700 Pendang, Kedah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain