suria

Segar, enak... Strawberry Yogurt Slurpee taruhan terbaharu 7-Eleven

Strawberry Yogurt Slurpee kini boleh didapati di 7-Eleven.

PEMINAT Slurpee, di mana suaranya! 7-Eleven ada berita baik untuk anda. Kedai serbaneka terbesar itu memperkenalkan perasa Slurpee terbaharu iaitu Strawberry Yogurt.Slurpee

Dengan hanya RM2.30, perasa dengan waktu terhad ini didatangkan dengan tiga saiz berbeza iaitu 12 auns, 16 auns dan 22 auns.

ARTIKEL BERKAITAN: 40 resepi asli Minang... Ayam goreng bumbu, gulai tunjang antara menu memikat hati di Padang On Wheels

Strawberry Yogurt Slurpee bukan sahaja enak tetapi mempunyai rasa masam yogurt asli dan memberi sensasi melegakan ketika dihirup apatah lagi sewaktu cuaca panas.

Kemunculan perisa terbaharu ini selepas kejayaan Blueberry Blast Slurpee yang menjadi kegemaran ramai sehingga membuatkan 7-Eleven mula mencari idea terbaharu untuk pelanggan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Memandangkan minuman yogurt digemari oleh rakyat Malaysia, maka Strawberry Yogurt Slurpee paling sesuai, kata Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee.

"Menu terbaru ini dijamin dapat memberi kepuasan kepada pelanggan kerana ia menyegarkan dan cukup enak," katanya.

Lebih menarik ahli My7E boleh mendapat secawan Slurpee dengan pelbagai saiz secara percuma dengan pembelian enam cawan melalui 7Rewards.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain